Friday, October 28, 2011

Perbandingan Dinar Emas Dr.Mahathir & Dinar Emas Kelantan

1. Dinar emas yang dicadangkaan oleh Tun Dr. Mahathir pada satu masa dulu adalah untuk digunakan dalam perdagangan antarabangsa untuk mengelakkan manipulasi matawang oleh penyangak2 ekonomi.

2. Emas mempunyai nilai dalam mana2 masyarakat. Tun mencadangkan nilai matawang kita disandarkan pada nilai emas disebabkaan nilai emas adalah sukar untuk merosot berbanding matawang. Pada masa sekarang nilai2 matawang dunia ditentukan tukaran mengikut US Dollar.

3. Pertukaran matawang dunia berasaskan US Dollar ditentukan selepas perang dunia ke-2 oleh Bretton Woods. Sistem urustadbir matawang antarabangsa Bretton Woods menetapkan peraturan-peraturan hal-ehwal kewangan dan komersil diantara negara-negara industri utama dunia. Sistem Bretton Woods adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan diantara negara-negara merdeka.

4. Pada masa itu 35 USD disandarkan pada 1 auns emas , katakan tukaran USD 1 bersamaan dengan RM 3, oleh itu RM105 bersamaan dengan 1 auns emas. Walau bagaimanapun semasa di bawah pentadbiran Nixon, USD tidak lagi terikat pada emas dan mereka mencipta polisi pasaran ditentukan terus kepada matawang USD, negara2 lain yg percaya dengan kekuatan ekonomi Amerika setuju dengan dasar baru ini dan juga dagangan antarabangsa dilakukan dalam USD.

5. Pada masa sekarang 1 auns emas adalah bersamaan dengan USD400. Jelas menunjukkan nilai matawang USD telah merosot dengan teruk berbanding nilai emas yang lebih stabil. Ini adalah lebih selamat digunakan untuk perdagangan antarabangsa.

6. Sebagai contoh, apabila sebuah syarikat kontraktor Petronas ingin membeli produk dari luar negara pada harga USD 1 juta , pada masa itu tukaran matawang adalah pada kadar 3.1 , oleh itu nilai barangan ialah RM 3.1 juta. Petronas hanya akan membuat pembayaran dalam tempoh 30 hari pada kontraktor setelah barangan itu diterima. Katakaan pembekal barangan dapat menyiapkan barangan dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ini , nilai matawang boleh berubah-ubah , andaikata dalam tempoh 3 bulan itu USD 1 bersamaan RM3.8 , kotraktor telah kerugian sebanyak RM 700k ! . (*Kes bagi syarikat2 yang tak mempunyai simpanan tunai utk membeli matawang USD pada nilai semasa urusniaga dilakukan). Senario ini pernah berlaku semasa krisis matawang dunia tahun 1997 dahulu.

7. Andaikata perdagangan yang dilakukan disandarkan pada emas berbanding nilai matawang , risiko kerugian adalah lebih rendah kerana nilai emas yang stabil. Apa yang Tun cadangkan ialah Malaysia menyimpan emas dalam jumlah tertentu dan nilai matawang dalam perdagangan antarabangsa disandarkan pada emas.

8. Dinar emas yang dikeluarkan kerajaan Kelantan tiada kaitan dgn apa yang saya ceritakan di atas. Dinar emas yang dijual kerajaan Kelantaan adalah lebih kepada perhiasan semata-mata. Transaksi jual beli barangan tidak praktikal untuk menggunakan dinar emas Kelantan . Heheheh.. orang cerita pasal dinar emas... depa pun nak buat dinar emas , baik emas tu pi lebur buat rantai ka gelang , boleh la juga bagi bini pakai. Keh keh keh ... dah jadi gold coin tu setakat tersimpan dalam almari ja la, sesak-sesak boleh la pi gadai.. keh keh keh

Sunday, October 23, 2011

Aziz Bari Tuntut Tun Dr. Mahathir dan Zulkifli Nordin Minta Maaf

Aziz Bari hari ini dikatakan telah mengarahkan peguam beliau menghantar notis tuntutan memohon maaf dari Tun Dr. Mahathir ,Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis tuntutan maaf Aziz Bari Al-Kangkungi terhadap Dr.M disebabkan beliau tidak berpuas hati dengan Dr.M yang mengatakan tindakan beliau mempertikaikan titah sultan dalam isu DUMC adalah kurang ajar.

Zulkifli Nordin juga dihantar notis tuntutan memohon maaf kerana melabelkan beliau biadap dan kurang ajar dengan Sultan Selangor.

Apa yang saya perhatikan sekarang, Aziz Bari cuba menaikkan nama beliau di kalangan pemimpin2 pembangkang mungkin dengan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada PRU akan datang. Apa yang dilakukan oleh Aziz Bari dilihat oleh Dr.M dan Zulkifli Nordin, bahkan mungkin majoriti rakyat sebagai kurang ajar kerana mempertikaikan titah sultan secara terbuka. Adakah itu sesuatu yg tidak boleh dikatakan kurang ajar?

Titah sultan adalah demi mempertahankan agama berdasarkan kewujudan bukti2 yang jelas yang mana ada diantaranya boleh ditonton sendiri melalui Youtube. Titah sultan mengenai isu DUMC itu tidak boleh dipertikaikan mana2 pihak kerana ia selari dengan status beliau sbg ketua agama Islam. Sultan juga bertindak bijak menghormati penganut agama Kristian dengan tidak memperbesar-besarkan lagi isu ini dengan mengatakan tiada bukti2 jelas sedangkan ia sebaliknya. Titah sultan ini bukanlah untuk kepentingan peribadi beliau atau kerabat2nya untuk sesiapa pertikaikan , titah ini adalah untuk melindungi agama Islam dan rakyat yang beragama Islam.

OSK Research - BN Dijangka Menang Besar March 2012

OSK Research meramalkan pada pilihan raya umum akan datang BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar berikutan tanda-tanda sokongan kembali kepada parti pemerintah sejak awal tahun lepas.

Dalam laporan yang dikeluarkan, bank pelaburan itu berpendapat bahawa Pakatan Rakyat menguasai kawasan-kawasan bandar, barat Semenanjung Malaysia dan kawasan tengah konservatif utara Malaysia manakala kekuatan BN di selatan Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Menurut jurucakap OSK kawasan dominasi Pakatan Rakyat mencerminkan perikatan komponen yang terdiri daripada fundamentalis Islam, urban sekular dan reformis sederhana. Kawasan yang didominasi BN tertumpu kepada kawasan yang diberi perhatian oleh kerajaan untuk agenda pembangunan.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 dan aliran berita semasa, OSK menjangkakan persaingan sengit akan berlaku di Kedah, Perak dan Selangor.

Walaupun OSK tidak dapat meramalkan bilangan kerusi yang bakal dirangkul BN, mereka percaya akan terdapat peningkatan lebih 63% berbanding bilangan kerusi yang diperoleh pada tahun 2008.

OSK berpendapat, pilihanraya umum akan dilakukan pada bulan Mac 2012 memandangkan tiada pengumuman pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum diadakan pada November 2011

Saturday, October 22, 2011

Lelaki kematian isteri perkosa anak sendiri

Credit to Harian Metro

JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu.

Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu.


Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian.

Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya.


Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian.

“Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan,” kata Zakaria.

P/S :- Hari tu ayah liwat bayi lelaki sendiri , sekarang ayah rogol anak sendiri . Orang2 sebegini harus di hukum di khalyak ramai untuk beri pengajaran pada mereka yang berpotensi jadi perogol !

Thursday, October 20, 2011

Benarkah Ekonomi Malaysia Nazak Berbanding Negara2 Jiran?

1. Sehingga Jun 2011, hutang negara Malaysia telah mencecah RM437.2 billion atau 52.7% KDNK.

2. Daripada jumlah itu RM421 billion ialah hutang dalam negara dan RM16.2 billion hutang luar negara.

3. Sehingga akhir Jun 2011 rizab bank negara berjumlah USD134.326 billion manakala aset matawang asing lain USD19.65 billion .Jumlah rizab dalam matawang ringgit ialah USD153.976 billion x 3.1 = RM477.32 billion.

4. Berdasarkan nilai aset rizab Bank Negara, jelas menunjukkan Malaysia masih mempunyai kemampuan untuk membayar hutang yang ditanggung.

5. Kebarangkalian sesebuah negara itu bankrap apabila tidak mempunyai keupayaan untuk membayar hutang yang ditanggung , terutama hutang luar negara.

6. Berdasarkan laporan laman web http://www.tradingeconomics.com/government-debt-to-gdp-list-by-country ; hutang kerajaan2 di dunia berbanding KDNK menunjukkan negara2 maju mempunyai peratusan hutang berbanding KDNK yang tinggi . Japan (220.3%) , US (93.2%) , Canada (84%) , Germany (83.25%) , France (81.7%), dan UK (80%) . Malaysia pula berada tahap 54.2% .Negara jiran seperti Vietnam (52.8%) & Indonesia (26.9%)

7. Perbandingan pertumbuhan KDNK diantara negara2 jiran juga boleh diperhatikan dilaman web berkenaan. KDNK negara Malaysia pada suku ke-2 2011 ialah 4% ,Thailand 2.6% , Indonesia 6.5%, Singapore 1% dan Vietnam 5.67%.

8. Diperhatikan pertumbuhan KDNK Indonesia dan Vietnam sangat mengalakkan dan hutang berbanding KDNK juga agak baaik, walau bagaimanapun adakah indicator KDNK ini juga mencerminkan peratusan inflasi dan pengangguran yang rendah?

9. Data dalam web berkenaan, http://www.tradingeconomics.com/inflation-rates-list-by-country, Malaysia berada pada 3.3% kadar inflasi, Vietnam 22.42% dan Indonesia 4.79% .

10. Data dalam web berkenaan juga menunjukkan peratus pengangguran, http://www.tradingeconomics.com/unemployment-rates-list-by-country . Peratus pengangguran di Malaysia adalah 3% , Vietnam 2.6% dan Indonesia 6.8%

11. Jelas walaupun pertumbuhan KDNK di Malaysia walaupun lebih rendah dari Vietnam dan Indonesia . Dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat terbukti bila kadar inflasi kita lebih rendah dari Vietnam dan kadar pengangguran juga lebih rendah dari Indonesia. Perbandingan menggunakan negara Vietnam dan Indonesia adalah kerana pihak pembangkang sentiasa menggunakan contoh pertumbuhan KDNK negara jiran ini tanpa melihat pula faktor2 lain yg memberi kesan secara terus terhadap rakyat iaitu inflasi dan kadar pengangguran.

Monday, October 17, 2011

Panasss!!! Orang Kuat PKR Batu dan Ampang membelot kerana diliwat??!! Betul ke?

1. Dari sumber dalaman PKR Batu dan Ampang yang rapat dengan kepimpinan parti dan boleh dipercayai, difahamkan PKR telah ada senarai calon PKR untuk PRU 13 serta dokumen strategi pilihanraya yang tertera perkataan IRI . Betul ke?

2. Mereka bercadang untuk menjual maklumat ini pada harga RM10 juta. Betul ke?

3. Perbuatan belot ini dilakukan mungkin disebabkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan seorang pemimpin PR yang saya labelkan sbg "El-Jub" menjadikan orang penting PKR dari Ampang ini termasuk dalam list mangsa kerakusan seks songsangnya ... orang penting PKR dari Ampang ini mendakwa dia telah di LIWAT ?? Betul ke?

4. Turut dimaklumkan mereka telah berusaha untuk menemui PM menerusi salah sorang PA PM. Pertemuan dengan PA PM itu telah berlaku beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri di sebuah karaoke di The Curve. Khabarnya PM tidak mahu terlibat. Betul ke?

5. Samada hal yang diceritakan di atas benar atau tidak ... ia tidak membawa apa2 kerugian pada kem UMNO dan Barisan Nasional . Ia mungkin satu perangkap dan mungkin juga satu situasi yang benar2 berlaku . Reaksi PM yang tidak mahu melayan hal2 sebegini dengan mengambil kira situasi2 yang benar2 menekan Pakatan Rakyat sekarang adalah amat bijak sekali.

6. Malangnya, pada kem PR terutamanya PKR ... umpan anda tak mengena, kalau ini hanyalah satu strategi politik kotor anda , tetapi sekiranya hal ini benar2 berlaku , cepat2 lah anda semua mencari pembelot2 di kalangan anda ... siapa tahu? akan ada lagi yg versi2 Jamaluddin Mat Razi, Osman Jailu, Gobalakrishnan, Zulkifli Nordin & Zahrain ?

P/S :- Keh keh keh, cerita ni betul atau tak ... yang penting UMNO + BN tak rugi ....

Kenaikan Elaun ADUN : Sandiwara Golongan Hipokrit@Munafiq di Selangor

1. Dato Noh Omar dalam sidang akhbar beliau di Phnom Penh semalam (15 Oct 2011) mencabar kerajaan Selangor untuk mendedahkan senarai nama ADUN yang menerima insentif di atas 'dedikasi' dalam menjalankan tugas. Senarai itu telah diserahkan semasa sidang dewan pada bulan March 2011.

2. Beliau menimbulkan soal ini disebabkan sikap hipokrit Pakatan Rakyat dalam menolak cadangan menaikkan elaun ahli parlimen dalam bajet 2012 baru2 ini. Tetapi pada masa yang sama elaun serupa telah diterima oleh ahli2 DUN Selangor sejak January 2011.

3. Khalid G, walaubagaimanapun menafikan itu adalah elaun , tetapi lebih kepada 'insentif' ahli DUN yang ber'dedikasi' melawat kawasan sekurang-kurang 5 kali dalam sebulan.

4, Oleh itu, sekarang kita nak tau lah siapa2 ahli2 DUN yang berdedikasi itu ? Adakah hanya ahli2 DUN Selangor dari PR sahaja atau dari kedua2 belah pihak ?

5. Dan kita pun nak tahu jugalah , dalam 5 kali melawat dalam sebulan tu, berapa lama masa yang diambil ? Apa yang dicapai ? keh keh keh ... cepat woii bagi senarai ahli DUN yang dapat insentif tu , keh keh keh

Wednesday, October 12, 2011

Barua Pakatan Rakyat : Prof. 'Kangkung' Aziz Bari Kritik Sultan dalam Kes DUMC

1, Aziz Bari secara sinikal dalam portal Malaysiakini mengatakan tindakan Sultan Selangor dalam campur tangan isu DUMC adalah berat sebelah dan tidak selaras dengan ajaran Islam , Prof 'Kangkung' ini juga ingin membandingkan tindakbalas istana dalam cubaan memesongkan akidah umat Islam dengan tindakan ex-MB Selangor merobohkan surau tertentu.



2. Dalam isu DUMC, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor. Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

3. Jelas sebelum serbuan dilakukan, pihak JAIS telah melakukan pengintipan . Juga banyak bukti jelas yg diperoleh semasa majlis di DUMC itu . Rujuk blog Angin Perubahan. 



4. Oleh itu apa yang Prof 'Kangkung' Aziz Bari harapkan dari titah Sultan Sharifuddin ? Apa yg kita perhatikan sekarang , Sultan Sharifuddin telah mengeluarkan titah yang bernada untuk tidak memanaskan isu sensitifi ini dikalangan penganut Islam dan Kristian. Sedangkan bukti2 lebih memihak pada tindakan JAIS . Sultan bertindak bijak untuk tidak memanjangkan lagi isu ini.

5, Tindakan Sultan untuk masuk campur tangan dalam isu memesongkan akidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar , tetapi adakah Sultan juga perlu campur tangan dalam isu perobohan surau di penempatan setinggan Kampung Berembang? Surau itu adalah struktur terakhir yang dirobohkan selepas rumah2 setinggan lain diratakan. ? Mempertahankan agama dan mempertahankan setinggan yang  usianya berpuluh-puluh tahun (atas ehsan kerajaan negeri untuk tumpang)  adalah 2 perkara yang berbeza.

Friday, October 7, 2011

Raksasa Aneh di Pantai Cenang ? Betul ke aneh?

Info ini saya peroleh dari blog , suarabloggers.. ini antara gambar2 yang di ambil dari blog berkenaan.



Bila di renung kembali gambar2 dalam blog berkenaan ... saya yakin raksasa aneh berkenaan adalah dari spesies ikan paus , struktur anggota badan dah mereput , jadi nampak seolah-olah binatang yang pelik . Kenapa saya katakan itu adalah dari suku sakat paus ? Cuba tengok struktur rangka paus dan bandingkan dengan gambar2 di atas...




Tentu kita biasa melihat berita tentang paus2 yang terdampar di tepi pantai cuba di selamatkan pengunjung2 pantai ... mungkin paus yang dikatakan makhluk aneh ini telah lama terdampar di tepi pantai , atau mungkin juga bangkainya dihanyutkan dan terdampar di tepi pantai.

Just my 2 cents.



Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor