Monday, July 25, 2011

Proses Pengundian : Penggunaan Sistem Biometrik Berbanding Dakwat Kekal

1. Antara tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya . Walau bagaimanapun, kerajaan telah menawarkan teknologi Biometrik yang lebih berkesan dan telus.

2. Ramai penyokong2 Pakatan Rakyat yg tak memahami konsep Biometrik ini secara membuta tuli meragui keberkesanan kaedah ini. Antara komen yang tak boleh aku lupa ialah duplikasi pengundi dapat dilakukan menggunakan sistem Biometrik ini.

3. Biometrik adalah kaedah untuk mengklasifikasikan individu tertentu melalui ciri-ciri unik yang ada pada tubuh badan individu berkenaan. Ciri2 unik yg biasa digunakan adalah cap jari dan corak iris mata.

4. Apabila SPR menggunakan sistem biometrik untuk mendaftarkan para pengundi baru, ciri-ciri unik yang dinyatakan diatas (cap jari dan iris mata) akan dipadankan dgn maklumat individu dalam kad pengenalan individu terbabit dan disimpan dalam pangkalan data (database)  SPR .



5. Perlu diingatkan, rekod cap jari di kad pengenalan juga akan di padankan dgn cap jari individu yg mahu mendaftar tadi. Sekiranya tak sama, pendaftaran tak boleh diteruskan. Oleh yang demikian tidak timbul soal satu pengundi mempunyai lebih dari satu indentiti kerana dalam database SPR pengundi yg mempunyai cap jari atau iris mata dgn corak tertentu hanya dimiliki oleh seorang pemilik IC sahaja.

6. Semasa proses hari mengundi, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan utk proses pengesahan SPR , iaitu cap jari pengundi dan IC pengundi sama seperti apa yg telah direkodkan dalam database SPR.

7. Penggunaan dakwat kekal walau murah dan mudah, masih boleh dimanipulasi . Konsep penggunaan dakwat kekal ialah apabila ada kesan dakwat pada jari , individu sudah dianggap mengundi . Senario seperti ini sangat mudah untuk dimanipulasi dan dipertikaikan penggunaan .

Kebarangkalian alasan2 yg timbul sekiranya Pakatan Rakyat masih kalah jika dakwat kekal di gunakan ialah:-

7.i . Dakwat yang digunakan penyokong BN adalah dari jenis mudah tanggal, ada keberangkalian utk mengundi kali kedua

7.ii. Penyokong2 pembangkan ditipu/diugut supaya jari mereka ditandakan utk mengundi walaupun mereka belum lagi mengundi.

7.iii. Dakwat tak cukup utk sesetengah tempat mengundi, jadi ada pengundi yg tak ditandakan

8. Kerajaan telah memberikan pilihan yg lebih baik dari apa yg dituntut  oleh Pakatan Rakyat jadi tuntutan menggunakan dakwat kekal hanyalah helah semata mata. Dari segi kos mungkin sistem biometrik adalah lebih mahal pada permulaan, tapi kos hanyalah utk peringkat awal sahaja . Katakan  RM2 juta diperlukan utk sistem biometrik dan RM 1 juta utk dakwat kekal pada PRU 13 , kemudian pada PRU 14 perlu lagi RM 1 juta untuk dakwat... dan utk sistem biometrik RM 0 (kerana menggunakan sistem sedia ada) , SPR hanya perlu update daftar pengundi dalam database sahaja.

Friday, July 15, 2011

Kumpulan Bersih buat hal di London?

1. Dari portal malaysiakini, seterusnya diceduk ke my yahoo news mengatakan sekumpulan pengkhianat negara berbaju kuning mengadakan tunjuk perasaan secara aman di luar Mansion House, London.



2. Dato' Najib dikatakan tak melatah dengan kehadiran balaci2 kuning ini malah memberi lambaian mesra.

3. Adapun, salah seorang balaci kuning yang ada dalam tunjuk perasaan itu ialah Ginie Lim, (antara pemimpin2 PKR)

4. Tindakan sebegini sebenarnya merupakan kaedah utk menarik perhatian antarabangsa, pemastautin luar negara yg menyokong pakatan rakyat akan diwar war tentang apa yang perlu dilakukan utk menjatuhkan imej kepimpinan negara.

5. Mereka ini kemudiannya akan memujuk kawan2 mereka dari penduduk setempat utk membuat bantahan bersama sama seolah olah kumpulan ini mendapat sokongan walaupun dari penduduk tempatan.



6. Berbalik kepada cerita Ginie Lim, timbul persoalan adakah mmg terdapat balaci PKR atau pembangkang dari Malaysia yg diupah utk mengekori trip PM ke luar negara seterusnya menghasut penduduk Malaysia di sana utk menentang kerajaan?


7. Saya percaya sekiranya perdana menteri mahu mengadakan pertemuan dgn penduduk2 malaysia di London, jumlah yang hadir utk bertemu perdana menteri pasti berkali ganda mengatasi jumlah kumpulan ulat2 kuning ini
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Queen Elizabeth II 'perli' Najib ???

1. Hari ini bila membaca 'tweet' pemimpin pembangkang, mereka seolah-olah amat gembira dgn warna pakaian yang dipakai oleh Queen Elizabeth II semasa bertemu dengan PM Malaysia , DS Najib dan isteri.

2. Juak2 pakatan , blog2 pro pakatan heboh bercerita tentang hal ini . Maklum la Queen of England pakai baju kuning semasa bertemu DS Najib, kononnya mahu menyampaikan mesej jelas sokongan beliau terhadap perhimpunan 'Bersih' di Malaysia. Kononnya bunga yang berwarna kuning dalam bilik pertemuan juga merupakan satu lagi bukti sokongan. Keh Keh Keh ...



3. Tetapi juak2 pakatan rakyat dah lupa , Queen Elizabeth II juga pernah memakai baju bewarna kuning semasa upacara perkahwinan William dan Kate Middleton dulu . 

William and Kate Middleton wedding

Visit to NASA

People to People Ambassador Program

Melawat Masjid di UAE

Royal Ascott 2009

Royal Ascott 2011

Meeting with Scotland minister

With Cameron for Philip birthday celebration


4. Kesimpulannya warna yang dipilih ada lah warna kegemaran beliau , dan mengenakannya pada majlis2 yang dianggap penting . Oleh itu kita pun boleh juga membuat andaian bahawa Queen Elizabeth II mengenakan warna kuning kerana menganggap pertemuan dengan DS Najib adalah penting dan istimewa. Puak2 Bershitt , syok sendiri ... keh keh keh keh , akal mudah dibaca.

Wednesday, July 13, 2011

Perhimpunan 'Bersih' , Amnesty International dan Hak Asasi

1. Amnesty International telah menyiarkan artikel dalam laman web mereka dengan tajuk "MALAYSIA: POLICE USE BRUTAL TACTICS AGAINST PEACEFUL PROTESTERS" . Artikel  yang di keluarkan oleh Amnesty ini cukup menggembirakan juak2 Pakatan Rakyat kerana hebahan2 seperti ini seolah-olah menunjukkan sokongan antarabangsa dengan perjuangan balachi2 samseng ini.

2. Hak asasi manusia (menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,10 Dec 1984)  secara amnya mengklasifikasikan hak asasi manusia kepada 4 bahagian utama iaitu :-

a, Kebebasan daripada ketakutan
b. Kebebasan daripada kemahuan
c. Kebebasan bersuara
d. Kebebasan kepercayaan

3, Apabila membicarakan tentang hak asasi manusia , ramai yang sebenarnya hipokrit ! Bagi puak2 penyokong Bersih , mereka percaya hak asasi mereka untuk bersuara perlu dipertahankan. Seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan lembu2 Bersih di jalanan adalah dari puak2 yang kononnya memperjuangkan Islam.



4. Tetapi adakah puak2 yang kononnya memperjuangkan Islam ini akan menyokong perbuatan golongan-golongan murtad atas nama hak asasi manusia iaitu kebebasan kepercayaan/beragama . Salahuddin Ayub (PAS) pernah mencadangan utk membentangkan rang undang2 murtad di Parlimen. Bukan kah hal2 sebegini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia? Kenapa artikel sebegini tak ditunjukkan dalam Amnesty International ?



5. Perlu juga di persoalkan kenapa Amnesty International hanya memikirkan hak asasi peserta2 perhimpunan Bersih ? Bagaimana pula hak asasi majoriti mereka yang terjejas dengan perhimpunan Bersih ?

6. Amnesty International dalam laporan mereka menunjukkan betapa ganasnya polis2 Malaysia dalam menangani penunjuk perasaan Bersih dan tak menghormati hak asasi penunjuk perasaan untuk bersuara . Kenapa Amnesty International tidak pula menunjukkan kesan daripada perhimpunan yang diadakan dijalanan ini kepada para peniaga, dan orang ramai yg mempunyai urusan di ibukota? Jelas sekali perhimpunan ini tidak menghormati hak asasi majoriti  untuk kebebasan daripada kemahuan . Kemahuan untuk berada dalam suasana aman, kemahuan untuk berjual beli, kemahuan untuk melakukan temujanji dan sebagainya.



7. Kesimpulannya, media2 dan NGO2 antarabangsa melaporkan demonstrasi Bersih dalam sudut yang berat sebelah . Perhatian mereka hanyalah menjurus kepada nasib peserta2 demonstrasi dan lupa pada suara majoriti yang lain . Apa yang dipaparkan hanyalah kezaliman polis semasa peserta2 demonstrasi ditahan dan tidak pula dipaparkan kezaliman yg dilakukan semasa dalam tahanan? Apa pun pada masa hadapan, untuk mengelakkan isu hak asasi ini timbul , polis perlu membuat benteng manusia dalam menangani lembu2 jalanan ini . Biar terlebih dahulu benteng polis dikasari oleh lembu2 ini, pastikan dirakam dgn kamera dan video . Selepas tu baru lah belasah cukup2 ! Fair & square !

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor