Thursday, March 24, 2011

Kesian..suwey Anwar yg tak sudah ..

1. Nasib Anwar sekarang betul2 malang, lepassatu musibah, datang lagi satu musibah. Tak cukup dengan kes liwat, kes video pulak. Macam2 dgn gelagat Ketua Umum PKR ni.

2. Mengenai kes video lucah terbaru, pada awalnya "Datuk T" hanya memberi amaran supaya Anwar dan Azizah berundur. Namun sikap ego Anwar membuat "press conference" dan laporan
polis dah memakan diri sendiri. Mungkin dia sangka rakaman itu hanyalah sekadar ugutan kosong saja atau mungkin dia dah merancang satu penipuan utk menafikan video itu.

3. Apa yang menarik semasa "press conference" Anwar, apabila ditanya wartawan di mana jam Omega yg dipakainya. Jawapannya ialah Wan Azizah menyimpannnya. Melalui rakaman yg di pertontonkan pada wartawan sebelum itu menunjukkan jam telah diambil oleh wanita dalam video. Jam itu kemudian mungkin berjaya diperoleh semula oleh "Datuk T". Adakah ini perangkap? Tak penting .. yg penting adakah benar Anwar dalam video? Kalau dia berhemah seperti disangka takkan wujud perkara seperti ini.

4. Persoalan samada Anwar diperangkap oleh "Datuk T" adalah tidak penting . Apa yang diperhatikan sekarang adalah moral seseorang yang mahu jadi pemimpin Malaysia sebuah
negara Islam. Sedangkan Richard Nixon, Bill Clinton dan Berluscini ditolak rakyat
apabila mengetahu skandal sex pemimpin2 negara maju ini.

5. Penafian demi penafian dari Anwar menambahkan lagi meluat pada mereka yg mengetahui sifat sebenar dirinya.Mereka yang dulunya rapat dan sama2 berjuang mula menyisihkan diri. Perasaan meluat yg amat ini mengundang pembongkaran satu demi satu rahsia Anwar. Walau bagaimanapun Anwar bijak memainkan sentimen penyokong2 fanatik beliau.

6. Walaupun bukti suara percakapan Anwar melalui telefon tersebar luas di youtube dan pengakuan2 mangsa2 sex dan liwat beliau, penyokong2 Anwar masih menganggap ini adalah konspirasi kerajaan. Dalam prosiding kes Saiful pula, dengan menggunakan pendekatan sains iaitu ujikaji DNA, penyokong2 beliau masih lagi menafikannya,

7. Timbul perlbagai teori, iaitu polis menggunakan DNA pada kes tahun 98 dan memasukkan pada lubang dubur Saiful utk menganiaya Anwar. Tanggapan ini benar2 lucu hingga terlintas di fikiran adakah mereka2 ini benar2 faham sains dan logik. Kalau ini berlaku kenapa Saiful perlu tunggu 2 hari sebelum lapor pada polis? Kenapa pihak kerajaan mahu membuat konspirasi yg ada cacat celanya. Apabila dikatakan konspirasi..ia adalah sesuatu yg sgt sempurna kerana ada perancangan teliti dan mengambilkira faktor2 penentu iaitu who,when,how,why and which.

8. Untuk kes terbaru ini pula, hinggakan bukti video diberikan penyokong2 tegar Anwar masih menafikan walaupun mereka belum menonton pun lagi video itu. Pelbagai andaian telah dibuat hingga pada tahap menuduh Datuk Eskay (salah seorang daripada "Datuk T" sebenarnya yg menjadi pelakon kerana mempunyai rupa seiras Anwar. Walaupun belum melihat lagi video ini, seharusnya penyokong2 Anwar berfikir pada kenyataan Datuk Eskay dia ada dalam video itu. Bagaimana mungkin dia melakonkan kedua-dua watak.

9. Satu lagi andaian adalah dari Chegu Bard (melalui twitternya), mengatakan andaikata pelakon filem Gandhi boleh disolek menyerupai Gandhi, tidak mustahil melakukannya pada orang lain, ada juga berpendapat ada yg diupah melakukan plastik surgery utk tujuan rakaman ini.Andaian2 seperti ini adalah seolah olah untuk menafikan kebenaran di depan mata. Adakah golongan2 yg menyokong ini akan tetap dgn pendirian mereka walaupun perlakuan ini berlaku di depan mata? Mungkin mereka akan menganggap itu adalah orang yg disolek atau yg membuat pembedahan plastik utk menganiaya Anwar.

10. Kita berasa simpati dengan penyokong2 taksub sebegini. Apabila kes video Chua Soil Lek dahulu, ramai dikalangan penyokong2 tegar Anwar menyindir dan tidak pula terlintas di dalam fikiran mereka andaian2 sebegini. Sekarang kita cuma berharap video itu dpt ditonton oleh semua orang dan bukan hanya orang2 tertentu kerana akan berlaku pelbagai twist dan andaian. Penyokong2 tegar Anwar ini akan cuba mempengaruhi orang lain terutama mereka yg di"atas pagar". GOolongan2 di atas pagar ini sekurangnya akan berfikir selepas menonton, dan menilai kembali kepada siapa yg harus mereka sokong demi pembangunan negara. Paling dinantikan ialah respon sahabat2 Anwar dalam PR, adakah mereka terlalu "sayang" untuk melepaskan beliau kerana tak mahu ketandusan isu dalam membangkang kerajaan?? Tunggu dan lihat reaksi2 Dewan Ulama Pas, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh etc (sekadar menyebut beberapa nama)

Tuesday, March 15, 2011

PKR nak buat jelajah DNA seluruh negara

Bila terbaca je tajuk artikel tu dalam MalaysiaKini, dah terdetik dalam kepala aku siri 'mengencing' secara besar-besaran akan di adakan di seluruh Malaysia. Yang peliknya kenapa bila ada permohonan mengambil DNA Anwar secara rasmi baru sibuk nak buat jelajah ? Dah gabra la tu ... depa dok ingat baik kasi racun dulu fikiran rakyat sebelum mahkamah buat keputusan.

Maksudnya barua2 Anwar ni dah dapat agak,mahkamah akan memutuskan DNA Anwar dan lelaki Y adalah sama. Oleh itu diaorang ni nak buat gerakan besar besaran seluruh negara nak mempertikaikan keputusan mahkamah yang akan diumumkan. Segala teori akan timbul, sample DNA ditukar polis, DNA diambil dengan prosedur yg tak betul, etc. Biasalah.. akai juak2 pakatan..

Dalam siri jelajah nanti, barua2 Anwar nak bangkitkan pulak soal kaitan Najib dgn Altantuya, isk isk .. nak konar kemana pulak tu?? Kononnya nak menggunakan kaedah DNA , untuk mengaitkan Najib dgn Altantuya , kah kah kah . Habag mai sikit macam mana nak kaitkan ? Nak buat calitan kat mana, tempat mana, dibandingkan dgn apa? Kalau ye pun malas baca buku sains, tengok CSI dekat Astro pun jadi la... tak faham english, ada ja sarikata , ni dok DNA ke hulu DNA ke hilir tapi habuk pun tarak...

Monday, March 14, 2011

Parti Kencing Rakyat nak buka Oil and Gas company di Sabah dgn modal RM1 billion

Menurut satu laman web pro pembangkang , semasa di Sabah, presiden PKR, Wan Azizah telah berjanji yg Sabah akan mendapat sebuah syarikat minyak dan gas sendiri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/13/pkr-promises-oil-firm-for-sabah/

Statement paling lawak dalam petikan artikel ialah "Sabah will have its own oil and gas company with an initial paid-up capital of RM1 billion within three months of Pakatan Rakyat taking over the state." , dengar macam hebat je ...

RM1 billion utk mulakan oil and gas company ? Industri minyak dan gas ni terbahagi kepada 3 , exploration (carigali) ,oil transfer (penghantaran utk diproses) dan production (pemprosesan).

Untuk perhatian, RM1 billion = RM 1000 million

Kerja2 exploration melibatkan kerja pencarian telaga minyak, dah jumpa telaga minyak kena korek dan drill lepas tu pembinaan platform lagi . Telaga minyak di Sabah adalah di kawasan laut dalam. Kos exploration/pencarian telaga minyak laut dalam adalah lebih kurang USD$100 million plus (RM 300 million), lain lah kalau telaga minyak di Sabah tu wujud di kawasan darat,kos exploration adalah serendah USD$100,000 .

http://en.wikipedia.org/wiki/Hydrocarbon_exploration

Kerja2 oil transfer/offloading ke darat melibatkan sama ada penggunaan pipeline atau pun kapal2 tangki. FSO /FPSO adalah pusat simpanan minyak sementara. FSO/FPSO akan menyalurkan minyak ke kapal2 tangki untuk proses pemindahan . Apakah cost utk lay underwater pipeline? dan juga cost bagi pembinaan FSO/FPSO ini? Disebabkan minyak di Sabah adalah di laut dalam maka kita tak lihat dari sudut penggunaan underwater pipeline , cuma tengok kos utk sebuah FPSO . Satu contoh FPSO laut dalam di Sabah ialah FPSO Kikeh , kos utk FPSO Kikeh ini ialah USD 1.4bn . Jauh sekali dgn modal permulaan RM 1 billion seperti yg Wan Azizah cadangkan tu.

http://www.offshore-technology.com/projects/kikeh/



Kerja2 penapisan minyak pula memerlukan kilang penapisan , plus tank farm untuk simpanan minyak. Untuk kilang penapisan dan tank farm pun dah melibatkan beratus juta RM lagi . Kemudian kilang2 pemprosesan utk hasil product yg lain , kos lagi .

Jadi apa yg Wan Azizah cakap pasal modal RM1 billion utk setup Oil and Gas company? Kalau setakat nak buat management, atau take over existing sources dari Petronas, tak payah cerita dgn gah la. Kalau bab nak berjanji memanglah senang sbb pakai air ludah ja, bila dah tak jadi atau gagal bagi alasan kerajaan terdahulu / BN / UMNO punya sebab . Ptuihhh , akai orang2 PR memang mudah dibaca !

Orang nak DNA dia konar tang Rosmah pulak??!!

Pendakwaraya Minta DNA Anwar , balaci konar Saiful jumpa Rosmah , kah kah kah! Ikut sangat akai Anwar tu la jadinya. Sekarang orang nak tau siapa lelaki Y tu , bukan pasal Saiful jumpa Rosmah.

Anwar dalam twitter nya menulis "Supt Jude-Pm Najib met Saiful 24-6,2 days be4 alleged incident.Jude confirmed recordg stmt fr Rosmah after intervg Saiful"

Kononnya nak bagitau semua orang ada konspirasi lahh antara Najib, Saiful dan Rosmah untuk memasukkan DNA beliau kedalam inner rectal Saiful. (inner rectal ialah bahagian yg lebih dalam di lubang jubs)

Kononnya selepas 2 hari berjumpa Rosmah dan Najib , Saiful pun berjumpa Anwar di kondo dengan niat untuk memulakan 'konspirasi' , gambar Anwar dan Saiful jelas kelihatan dalam CCTV . Tapi kita tentu masih ingat kan tentang penafian Wan Azizah dan Izzah , heheh , kata ada mesyuarat itu errr...errr , lepas tu Izzah cakap ada bersama keluarga.

Katakan lah konspirasi ini benar2 berlaku dan Anwar tak melakukan liwat , kenapa Najib sebagai konspirator yg menjaga polis , badan kehakiman, dan badan2 lain lagi meninggalkan ruang2 kosong yg membolehkan dirinya dihentam oleh pembangkang . Orang yg nak melakukan konspirasi akan memikirkan cause dan effect pada setiap tindakan yg dilakukan utk menjayakan konspirasi itu.

Apa ruang2 kosong yg membolehkan Najib, Saiful dan kerajaan dihentam ? Berikut adalah cetusan dari seorang penyokong tegar PKR


"1. Apakah logiknya, liwat (26 hari bulan) tu berlaku SELEPAS jumpa Najib? Yang dalam perjumpaan tu (24 hari bulan).. Saiful mengadu diliwat.

* perlu diingat, sebelum diliwat pada 26hb , Saiful juga pernah diliwat berkali kali sebelum ini.

2. Apakah logiknya simpan seluar superman di rumah Girlfriend? bukannya Isteri pun.. Menikah tidak,.. seluar superman biru boleh simpan kat bukan keluarga.

* apa yg dibuat dgn girlfriendnya hanya tuhan saja yg tahu, kalau ini semua adalah konspirasi kenapa hal ini nak didedahkan? hal sebegini hanya boleh melemahkan plot konspirasi saja,anyway tumpuan perbicaraan ialah berkenaan apa yg dibuat oleh anwar kepada saiful , bukan antara saiful dgn girlfriendnya

3. Apakah logiknya tuduhan di mahkamah ke atas anwar adalah 377B (iaitu liwat SUKARELA) tapi awal tahun lepas Saiful kata ianya perbuatan TIDAK RELA.

* kalau nak dikira logik rela atau tak rela, secara tak langsung dah mengesahkan liwat mmg berlaku cuma samada yg kena liwat itu rela atau tidak sahaja, rakyat nak tahu benarkah anwar meliwat , bukan nak tahu samada saiful itu rela atau tak rela ketika diliwat anwar.


4. Apakah logiknya, selepas diliwat pada 26 haribulan, 27 haribulan masih boleh bertugas dipejabat seperti biasa.

* seperti yg kita maklum saiful pernah juga diliwat beberapa kali sebelum ini , dan beliau datang bekerja seperti biasa.

5. Apakah logiknya, 2 hari selepas diliwat baru nak report polis.

* apa logiknya konspirator nak membiarkan bukti fresh selama 2 hari ? sepatutnya utk menjayakan rancangan konspirasi perkara seperti ini takkan ditangguh tangguh? jadi adakah ini boleh dikatakan konspirasi??

6. Apakah logiknya, saiful tak mandi selama 2 hari. Mandi wajib pun tidak. Sembahyang dia kemana? Hukum Allah dia letak ketepi SELAMA 2 HARI.. lama tuu. Bukan soal sengaja tertinggal sewaktu dua."

* soal tak mandi wajib,etc apabila ditimbulkan seolah-olah mengiyakan mmg saiful diliwat . soal solat atau tidak itu adalah tanggungjawab individu itu sendiri utk menilai, perbicaraan adalah utk menentukan samada anwar meliwat atau tidak ,kalau dah ada DNA di inner rectal tu faham2 je la

Jadi utk jawapan bagi soalan berkaitan logik adalah dgn menggunakan hukum logik juga . Logik kah utk seorang konspirator secara sengaja mendedahkan kelemahan rancangan konspirasinya dan membiarkan pihak musuh mengambil kesempatan dgn menimbulkan pelbagai andaian?

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor