Saturday, December 3, 2011

'Winnable Candidates' atau 'Whining Candidate' ?

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011, banyak perwakilan yang bercakap soal 'winnable candidate' atau 'calon boleh menang' . Ada juga yang bercakap tentang perlunya pemimpin-pemimpin yang berumur untuk berundur dan member laluan kepada calon-calon yang lebih muda kononnya mereka yang lebih muda ini mempunyai idea2 baru yang mampu menarik golongan pengundi muda.

Secara peribadi saya berpendapat soal pemimpin itu berusia atau muda adalah soal kedua dalam menentukan keupayaan seseorang calon itu untuk menang. Faktor-faktor penting yang perlu dinilai dalam menentukan keupayaan calon utk menang adalah seperti berikut:-

1. Populariti calon di kalangan masyarakat setempat
2. Rekod2 lepas calon dalam menjadi pemimpin persatuan/NGO/pertubuhan.
3. Kebolehupayaan calon dalam melaksanakan sesuatu agenda.
4. Taraf pendidikan calon
5. Calon yang mesra rakyat/mudah untuk berinteraksi
6. Calon yang bijak menggunakan media sosial untuk mendekati masyarakat umum.
7. Calon yang mempunyai kewangan yang kukuh
8. Calon yang bersih dari tuduhan2 rasuah / skandal2
9. Latar belakang agama / moral yang baik
10. Calon yang berani bersuara utk menegur pemimpin2 atasan.

Pendapat saya, sekiranya ciri2 diatas menjadi syarat2 utk mereka yang ingin menjadi calon Barisan Nasional untuk PRU13 , insyallah rakyat akan melihat akan perubahan yang ingin dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam barisan kepimpinannya . Kita mahukan 'winnable candidate' bukannya 'whining candidate'

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu