Wednesday, December 7, 2011

Si Pembelit Lim Guan Eng kata Pulau Pinang di bawah DAP Hebat ? Antara Fakta dan Auta

Dalam ucapan pembukaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng pada 5.12.2011 telah memberikan 10 'fakta' pencapaian Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP .

Sumber


Walau bagaimanapun 10 'fakta' yang disenaraikan ini sebenarnya adalah manipulasi data yang dikeluarkan oleh laporan audit untuk kepentingan politik DAP , faktor2 utama yang ditinggalkan semasa pentadbiran Barisan Nasional diabaikan. Untuk 'entry' kali ini kita huraikan 3 'fakta' yang pertama dahulu . Terima kasih untuk seorang rakan Facebook (seorang guru) saya yang memberi pendapat beliau tentang 3 'fakta' yang pertama ini.

'Fakta 1'

Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 billion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri Ini,

Penjelasan 'Fakta 1'

Dari pelaburan RM12.2  billion itu , RM9.39 billion adalah pelaburan semula yang telah sedia ada semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional .Dari jumlah itu, pelaburan dari Western Digital adalah sebanyak RM4.3 billion dan pelaburan dari Jabil Circuit adalah sebanyak 2.3 billion. Pelaburan ini sebenarnya adalah hasil usaha kerajaan persekutuan di bawah usaha keras Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan juga dari MITI.

Sumber1 
Sumber2
Sumber3

Pertemuan Presiden syarikat Western Digital dgn PM pada bulan May 2010

Walaupun berbeza pandangan politik, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional telah membantu meningkatkan pelaburan di Pulau Pinang.

'Fakta 2'

Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

Penjelasan 'Fakta 2'

Pada 2 November 2011 , kerajaan Pulau Pinang telah membentangkan bajet defisit.

Sumber1

Dari laporan audit 2010 , jumlah pendapatan kerajaan Pulau Pinang ialah RM 410.7 juta. Perbelanjaan pula adalah RM 377.16 juta . Iaitu lebihan dari hasil sebanyak RM33.54 juta . Jadi apa yang dimaksudkan dengan lebihan bajet sebanyak RM1.13 billion ? Maksud 'lebihan bajet' bagi DAP iaitu sebanyak RM 1.13 billion ialah sebenarnya kedudukan aset yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan. Tahukah anda negeri Sabah yang pernah dikatakan termiskin di Malaysia mempunyai 'lebihan bajet' sebanyak RM2.82 billion!

'Fakta 3'

Pengurangan hutang yang paling besar di antara semua negeri sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

Penjelasan 'Fakta 3'

Sumber

Kesemua hutang yang langsai itu adalah hutang bekalan air yg di langsaikan di bawah Perstrukuran Semula Industri Bekalan Air oleh Pengurusan Aset Air Berhad dibawah rancangan Kerajaan Persekutuan, disamping Projek Menaik Taraf Empangan Mengkuang berjumlah RM 1.2billion .

Sumber

P/S :- Susah payah orang lain buat kerja , senang2 saja si pembelit ni buat cerita . Wahai lobai2 swing undi anda kalau tak mau terus - terusan di spin , tu pun kalau faham la apa point2 yang aku tulis kat atas tu...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu