Friday, December 30, 2011

'Selangor Kini' Ganti Khutbah Jumaat


Gambar di atas dirakamkan oleh salah seorang sahabat Facebook saya semasa menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Selangor. Jelas di atas kita dapati masjid digunakan sesuka hati oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat untuk menyebarkan dakyah2 politik mereka. 

Selain melalaikan jemaah daripada mendengar khutbah Jumaat, kehadiran akhbar Selangor Kini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang hati bagi jemaah yang mempunyai pandangan politik yang berbeza. Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi masjid merupakan tempat untuk menyatupadukan orang Islam , namun pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah mahu menjadikan masjid sebagai sebuah tempat untuk memecahbelahkan sesama Islam.

Pengedaran akhbar Selangor Kini di dalam masjid juga secara tidak langsung melanggar titah Sultan Selangor untuk tidak menjadikan masjid sebagai tempat propaganda politik. Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai pandangan politik yang berbeza, sekurang-kurangnya apabila perkara2 yang berkaitan dengan ibadat, biarlah titik persamaan yang dicari dalam banyak perbezaan. Terlalu banyak ruang untuk berdebat dan menyebarkan tentang pendapat dan perbezaan politik, dan masjid bukan lah tempatnya. Biarlah tradisi masjid sebagai tempat untuk menyatupadukan umat Islam kekal.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu