Saturday, December 10, 2011

Sejarah : Sekiranya Pelan Memerdekakan Tanah Melayu Gagal ...

Apakah langkah UMNO sekiranya pelan memerdekakan Tanah Melayu tidak diendah oleh penjajah British? Menurut rujukan dari 3 buku berikut iaitu "Lilin Membakar Diri - Dharmala N.S , Dato Yunus Bin Rahmat" , "Memoir Shamsiah Fakeh" dan "Putera Merdeka" , pemuda UMNO pada masa itu telah menubuhkan Barisan 33 pada tahun 1954. Menurut sumber, sekiranya British tidak mengadakan Pilihanraya Umum pada tahun 1954, perang bersenjata akan dilakukan. Senjata2 ini akan dirampas dari balai polis kampung2. 



Rancangan ini walau bagaimanapun dapat dihidu oleh pihak British dan memberi tekanan kepada mereka untuk mengadakan Pilihanraya Umum pada tahun 1954. Pada masa itu British telah mendapat tentangan bersenjata dari pihak komunis, sekiranya orang Melayu bangkit dan menentang menggunakan senjata keadaan pentadbiran British pastilah lebih huru-hara.

Seterusnya pada tahun 1957, Barisan 33 secara sulit sekali lagi memberi tekanan kepada pihak British dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu iaitu dengan gerakan bersenjata. Sarjan Mejar Hassan b. Nordin telah mengetuai 800 orang tentera dari Royal Artillery bersedia untuk mengadakan rampasan kuasa. 

Jelas sekali perjuangan UMNO dalam memerdekan negara dilakukan dengan penuh tertib, kemerdekaan yang diperoleh tidak akan menjadi sebegitu mudah tanpa kehadiran elemen2 seperti Barisan 33. Penjajah British sedar kebangkitan orang2 Melayu dalam penentangan senjata akan memberi kerugian yang amat besar pada mereka,kekacauan dalam negara pasti akan membantutkan usaha mereka dalam mengaut hasil bumi Malaya yang kaya ini. Oleh itu mereka telah memilih jalan untuk ber'damai' dengan memerdekakan Tanah Melayu. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu