Sunday, December 18, 2011

Mahasiswa Perasan Intelek Kurang Ajar , Timbalan Menteri Perasan Intelek Tumpang Sekaki! Ptuihhh

Teringat dulu masa aku belajar kat UTM Skudai, memang dah wujud gerakan mahasiswa2 yang kononnya memperjuangkan kebebasan berpolitik , menghapuskan AUKU dan macam2 lagi . Yang menariknya, diaorang yang dok buat kerja ni terdiri daripada mahasiswa yang berbangsa Melayu ! Seperti yang umum tahu , UTM Skudai ni menawarkan kursus2 kritikal, memang takdak masa nak pikir pasal politik2 ni, masa tu yang penting bagi aku survival nak menamatkan kursus kritikal yang aku ambik dulu.

Biasa yang dok sembang pasal politik dan mengedar risalah membenci kerajaan ni dari kursus2 tak kritikal. Mungkin apa yang diaorang belajar lebih santai dan tak terlalu memeritkan kepala otak jadi ditumpukan pula pada perkara2 sebegini. Tapi ada lah jugak sorang mamat ni di Fakulti yang sama dengan aku, 'feeling'2 pejuang mahasiswa a.k.a pemimpin pelajar . Lepas je habis kelas, disuruhnya budak2 jangan beredar dulu kononnya nak bagi penerangan pasal dia punya kempen politik .. sesambil camdek pihak Universiti secara langsung dan kerajaan secara tak langsung. Kita orang yang memang terlalu busy ni buat bodoh je tak layan dan terus biar mamat tu terkapai-kapai . Tahun pertama dia selamat .. tahun kedua paras2 hidung , tahun ketiga terus kena tendang keluar UTM sebab gagal . So ... bila dia dah kena tendang, apa lagi yang dia nak perjuangkan ? Status mahasiswa tu dah hilang.


Masa aku belajar dulu, budak2 yang sibuk minta kerajaan hapuskan AUKU dan macam2 lagi ni hanyalah beberapa kerat je . Ramai yang takde masa nak fikir benda2 macam ni sebab diaorang nak tumpu pada study. Aku pun tak paham , apa lah sangat yang diaorang nak AUKU tu di hapuskan ? Nak sibuk berpolitik , boleh berenti terus jadi pelajar dan masuk politik. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti sebenarnya adalah suara mahasiswa terhadap pengurusan universiti dalam hal ehwal kebajikan mereka . Pasal pengangkutan, penginapan, kos makanan di dewan makan, kemudahan dewan kuliah yang selesa dan macam lagi  , ni kebajikan mahasiswa tak terbela ... nak pi bela orang2 politik di luar apa cerita??

Lagi satu aku tengok Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sekarang ni si Saifudin pun bukan main beriya-iya menyokong mahasiswa2 baghal ni dalam 'perjuangan' diaorang nak menghapuskan AUKU . Tak ke bodoh namanya tu , sepatutnya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , ko menerangkan sebab AUKU diadakan bukannya ko pun join sekaki . Kalau nak join sekaki ko letak la jawatan Saifudin. Metaforanya si Pudin ni mudah je.. macam orang yang beli kereta Proton tapi pada masa yang sama dok kutuk2 kereta Proton yang dia beli tu, dah tau tak bagus apsal ko beli bodooo!!!


Hari ni aku dapat berita, sekumpulan mahasiswa dok buat gila dekat PWTC, si Pudin Timb. Menteri support beb... siap retweet bangga sebab Ambiga puji dia dalam Twitter , ptuihhh .. Mahasiswa2 baghal tu siap turunkan bendera DS Najib lagi. Mangkuk2 perasan intelek + bagus (100 orang je pun) ni buat tunjuk perasaan kat PWTC buat apa ... pi la buat tunjuk perasaan dekat Kementerian Pengajian Tinggi..paling best sekali dekat pejabat Si Pudin tuh.. Berita lanjut tentang tunjuk perasaan ni di lama web KLPost

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu