Tuesday, December 6, 2011

Kenapa Perlu Terus Menyokong BN!

Sebab apa perlu pilih BN sebagai parti yang memerintah negara disebalik pelbagai isu yang ditimbulkan pihak pembangkang?

1. Memegang prinsip sekiranya berada dalam keadaan darurat, kita pilih yang paling kurang membawa kemudaratan.

2. Pembangkang yang ada di Malaysia sekarang (PR) adalah jenis pembangkang yang banyak beretorik. Pendirian dalam sesuatu isu kerap berubah ubah mengikut keperluan semasa yang menguntungkan mereka.

3. Pembangkang di Malaysia mengamalkan konsep 'Al Haramu Wal Halalku' . Sesuatu kesalahan pihak kerajaan diperbesar-besarkan , tapi pada masa yang sama mereka melindungi perkara serupa yang dilakukan ahli2 atau pemimpin2 mereka.

4.Pembangkang di Malaysia terlalu banyak menaburkan janji pilihanraya termasuk janji2 yang tidak munasabah yang kemudiannya menjadi satu masalah apabila rakyat menuntut janji. Apa yang diperhatikan sekarang janji2 dahulu belum pun terlaksana ditaburkan pula janji2 baru.

5.Pembangkang di Malaysia sekarang banyak dipimpin oleh raja putar belit. Ramai yang menyebut pembangkang kena diberi peluang untuk mentadbir utk tunjuk kebolehan.Sebenarnya telah diberi peluang untuk mentadbir 5 negeri tetapi byk perkara yang tidak berubah. Ditunjukkan dan diperbesarkan sekelumit kebaikan untuk menutup keburukkan2 lain.

6. Pembangkang menjadikan isu agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan raja2 melayu sesuatu yang boleh dipersoalkan dan dibincang secara terbuka.

7. Perilaku pemimpin2 pembangkang dalam menggelarkan pemimpin2 kerajaan dengan pelbagai jenis panggilan yang buruk serta mencarut semasa ceramah tidak menggambarkan perilaku seorang pemimpin yang boleh kita pilih. Perilaku ini hingga berjangkit pada pengikut2 mereka

8. Bakal perdana menteri Malaysia sekiranya pembangkang mengambilalih kerajaan mempunyai keperibadian yang teruk, walau pelbagai bukti jelas menunjukkan penglibatan beliau dalam segala tuduhan yang dilemparkan, beliau secara terus menafikan. Sekiranya perkara yg mempunyai bukti jelas pun boleh dinafikan apatah lagi utk perkara2 berkaitan pentadbiran, simpanan, kerajaan.

Oleh itu pakatan pembangkang yang ada di Malaysia sekarang bukan lah satu pilihan yang bijak . Teruskan menyokong BN !!!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu