Sunday, December 18, 2011

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b? - Jawapan kepada artikel Malaysiakini

Sebelum ni saya pernah buat posting blog berkenaan pembelian kapal perang yang dipersoalkan harganya yang lebih mahal berbanding harga kapal perang yang dibeli Filipina. Baca sini

Semalam Bousted telah mengumumkan mereka berjaya mendapat kontrak dari Putrajaya untuk membekalkan 6 buah kapal perang dari Peranchis DCNS. Berdasarkan posting blog saya lepas , Bousted telah memilih kapal perang dari jenis Gowind class.

Malaysiakini hari ini melaporkan Tony Pua telah mempersoalkan pertambahan kos RM 500 juta untuk setiap sebuah kapal perang itu.


Dari petikan posting blog lepas yang telah saya tulis ;

"Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion).
Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan ."

sumber:
http://www.defenseindustrydaily.com/bulgaria-orders-4-gowind-200-frigates-from-dcns-03951/

Justifikasi untuk pertambahan kos sebanyak RM3 billion mungkin disebabkan beberapa perkara , secara logiknya sekiranya kita ingin membeli kapal perang ini pada tahun 2006 harga yang perlu dibayar pada masa itu ialah RM7 billion !  Pengiraan seperti berikut.

Merujuk kepada rundingan pembelian oleh Bulgaria, sebuah Gowind class pada ketika itu  (2006, tukaran wang USD1 = RM3.7) ialah = (USD 1.25 billion x 3.7 / 4 =  RM 1.15 billion)

Berpandukan pada tukaran matawang USD kepada Ringgit Malaysia pada tahun 2006 , harga sepatutnya menjadi RM1.15bil x 6 = RM 7 billion

Perlu diingat, harga bahan mentah pada tahun 2006 tak sama dengan harga pada tahun 2011. Umum mengetahui harga bahan mentah di pasaran dunia akan sentiasa naik berkadaran dengan masa. Katakan sekiranya harga bahan mentah hanya naik minimum 10% , maka sudah tentu lah pertambahan minimum sebanyak RM 0.7 billion

Dan juga spesifikasi tahun 2006 dan 2011 berbeza. Tentulah spesifikasi tahun 2011 lebih baik. Buat perbandingan dengan harga Ipad . Adakah kita nak beli Ipad 1 (tahun 2009) pada harga Ipad 2 (2011) ?
Pertambahan spesifikasi ini tentulah menambahkan lagi harganya.

Dan menurut rakan yang pernah berada dalam Navy, apabila kerajaan membeli sesuatu peralatan pertahanan. Peralatan ini akan diubahsuai dan ditambah dengan peralatan2 lain yang menjadi RAHSIA KERAJAAN. Sekiranya tidak dilakukan, musuh akan mudah mengetahui selok belok peralatan ketenteraan yang diguna pakai kerana mereka juga mungkin membeli dari sumber yang sama. Kos ubahsuai ini seharusnya melibatkan pertambahan kos yang tinggi kerana pihak kerajaan terpaksa juga membeli 'blueprint' asal sebelum melakukan kerja ubah suai.

Tony Pua bertanya terlalu banyak tentang soal aset pertahanan negara , sedangkan soal2 pertahanan adalah RAHSIA KERAJAAN. Sekiranya kerajaan menjelaskan kepada Tony bahawa peningkatan kos telah meningkat sebab kapal telah dilengkapi peralatan itu dan ini , teknologi itu dan ini dan macam2 lagi . Tentulah perkara ini bukan menjadi rahsia lagi dan negara2 jiran hanya ketawa dengan gelagat bodoh ahli parlimen Malaysia ni yang mahu mengorek rahsia2 ketenteraan negara.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu