Friday, December 30, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 3 (2/2) (1999)

Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun. Seterusnya pada July 1999,Anwar dibicarakan atas pertuduhan liwat.Anwar yang pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara atas pertuduhan rasuah ,memberikan lakonan terbaik beliau dalam beberapa penampilan perbicaraan kes liwat 1 untuk mendapatkan simpati orang awam. Ramai orang melayu pada ketika itu terpedaya dengan lakonan Anwar, tambahan pula, sahabat2 lama beliau di luar negara secara berterusan memberi tekanan kepada kepemimpinan di Malaysia (menggunakan media2 luar negara dan badan2 pertubuhan antarabangsa yang dikawal oleh mereka) atas alasan penghakiman dan layanan yang tidak adil terhadap Anwar.


Dr.Mahathir pada ketika itu,walaupun sedar kemerosotan sokongan rakyat pada kerajaan akibat tempias daripada perbicaraan Anwar bertindak membubarkan parlimen pada November 1999. Keputusan pilihanraya 1999 menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN masih kuat dengan kemenangan 2/3 walaupun dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapi dari dalam dan luar negara pada tahun-tahun sebelumnya. Pada hujung tahun 1999, Anwar yang berada dalam penjara gagal mempengaruhi rakyat melalui proksi2 beliau. Keadaan di Malaysia kembali tenang dan aman , ini terbukti apabila Dr.Mahathir pada tahun 2002 semasa Perhimpunan Agung UMNO mengumumkan persaraan beliau. Pada tahun 2003, Dr.Mahathir menyerahkan jawatan pada Abdullah Badawi dan seterusnya pada 2004 , Barisan Nasional telah memenangi pilihanraya umum dengan sokongan majoriti yang amat cemerlang.

Dari tahun 1999 hingga 2004 , Malaysia berada dalam keadaan yang agak stabil dan aman. Jarang sekali kedengaraan demonstrasi jalanan diadakan dek hasutan pembangkang. Pada ketika ini jarang sekali soal yang berkaitan Perkara 153 di sentuh secara terbuka seperti sekarang. Keyakinan pelabur asing terhadap kestabilan dalaam negara terbukti dengan peningkatan pelaburan dalam negara. Keadaaan yang aman dan harmoni ini hanya dikecapi apabila Anwar Ibrahim berada di dalam penjara.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu