Sunday, December 25, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 3 (1/2) (1999)

Pada 20 September 1999 (juga pada penutupan Sukan Komanwel), demonstrasi besar-besaran yang diadakaan di ibu negara sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Malaysia di mata dunia. Dikatakan hampir 30,000 orang meyertai demonstrasi ini meminta supaya Perdana Menteri ketika itu (Dr.Mahathir) untuk meletakkan jawatan dan laungan 'reformasi' bergema di jalanan. Selesai berucap di pehimpunan, Anwar telah mengadakan sidang media. Semasa sidang media diadakaan Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis.


Rasional penahanan Anwar boleh dikatakan  akibat tindakan beliau dalam mencetuskan perhimpunan raksasa yang menghuru-harakan pusat bandar Kuala Lumpur pada ketika itu. Pada malam penahanan Anwar, dikatakan Ketua Polis Negara pada ketika itu Tan Sri Rahim Noor telah melakukan kekasaran pada Anwar. Terpengaruh dengan provokasi Anwar yang memanggil polis sebagai barua dan anjing kerajaan, pihak polis telah melakukan kesilapan dana memberi ruang kepada Anwar untuk mendapatkan simpati di kalangan rakyat. Peristiwa mata lebam Anwar ini di ekspresikan dalam rekabentuk logo Parti Keadilan Rakyat.

Rasionalnya, sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap Anwar, gelombang kebangkitan akan tersebar luas di seluruh Malaysia di kalangan penyokong Anwar, sekaligus mengancam keselamatan negara, menimbulkan keraguan di kalangan pelabur asing dan merencatkan kegiatan ekonomi setempat.

Sekadar gambar hiasan..he he he


Selepas kes mata lebam , Wan Azizah mungkin dibawah tunjuk ajar Anwar telah menyebarkan beberapa lagi propaganda untuk mendapatkan simpati rakyat . Drama-drama yang dimainkan pada ketika itu termasuklah tuduhan keracunan arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, dan sakit belakang.


Untuk dakwaan keracunan arsenik, ujian yang dijalankan oleh HKL menunjukkana tiada keracunaan arsenik. Tuduhan Anwar disuntik HIV pula terbukti salah kerana beliau masih hidup sihat walafiat sehingga kini. Untuk brace tengkuk yang sentiasa dipakai Anwar terbukti semua hanya lakonan apabila beliau bebas memakai dan menanggalkan brace tengkuk pada bila2 masa yang beliau suka.


bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu