Saturday, December 24, 2011

KEMPEN MATA (MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR) - PART 2 (1998)

Pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatan Timb. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , media barat memberitakan pemecatan adalah kerana perbezaan pendapat antara Anwar dan Dr.Mahathir dalam menangani krisis kewangan.


Perhimpunan Agung UMNO 1998 (18 June) merupakan ucapan terakhir Anwar di PWTC , pada perhimpunan itu Anwar cuba menyampaikan menyampaikan mesej kepada perwakilan mengenai pandangannya dalam menyelesaikan krisis kewangan sama seperti merawat orang sakit, antara petikan ucapan.

''Ubat pahit perlu ditelan. Dalam masa merawat terkadang-kadang sakit bertambah. Kita perlu bersabar. Tidak ada jalan singkat kepada pemulihan,'' katanya lagi sambil menggesa ahli-ahli UMNO berpegang kepada semangat reformasi.


''Tanpa reformasi bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang jumud, bangsa yang tenggelam dalam lipatan sejarah, bangsa yang dilupakan,

Melalui petikan ucapan di atas, Anwar telah cuba meresapi pemikiran perwakilan dengan bait2 reformasi. Pada ketika itu, Ketua Pemuda UMNO , Zahid Hamidi seolah-olah menyambut mesej yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim dengan mendakwa krisis ekonomi pada masa itu adalah akibat dari amalan korupsi, nepotisme dan kronisme dalam pembahagian kontrak-kontrak kerajaan. Anwar walau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang komen mengenai pendapat Zahid, sebaliknya menyatakan sokongan penuh pada PM.

Sebagai tindak balas, Dr. Mahathir kemudian mengeluarkan senarai penerima kontrak-kontrak kerajaan yang juga terdiri daripada saudara mara dan penyokong Anwar termasuk Zahid. Dr. Mahathir turut berhujah jika krisis ekonomi disebabkan tadbir urus yang korup dan tidak cekap, pastinya krisis ekonomi lebih awal melanda Malaysia.

Peristiwa yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 1998 ini jelas menunjukkan Anwar cuba menjatuhkan Dr.Mahathir sebagai Presiden UMNO dengan hasutan-hasutan halus pada perwakilan. Dalam masa yang sama sifat talam dua muka beliau jelas bila menyatakan sokongan penuh pada presiden.

Anwar Ibrahim selepas dipecat pada 2 September 1998 , memulakan serangan pada Dr.Mahathir. Anwar dalam temuramah dengan BBC (4 September 1998) mengatakan pemimpin seperti Dr.Mahathir menjadi paranoid dikelilingi orang2 yang 'berkebolehan' seperti beliau dan takut kehilangan kuasa. Anwar mendakwa salah laku seks yang menjadi punca pemecatan beliau adalah hanya alasan semata-mata. Jelas sekali masa telah membuktikan betapa Anwar seorang pembohong, tahun 2008 dan 2011 membuktikannya dengan bantuan teknologi2 canggih pada masa sekarang. Malah mujur Dr.Mahathir tidak melaksanakan pendekatan pemulihan ekonomi seperti yang dicadangkan Anwar , pendekatan ekonomi Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis.

Pada 13 September 1998, Anwar Ibrahim telah melancarkan kempen reformasi . Beribu-ribu yang termakan dengan hasutan Anwar menyertai kempen ini. Anwar bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain menghasut pemikiran rakyat. Pemecatan beliau katanya adalah konspirasi tertinggi pihak2 atasan dalam pentadbiran kerajaan.

Pada 18 September 1998 , diberitakan hampir 50,000 orang mengadakan demonstrasi pro-Anwar di Kota Bahru. Mungkin kerana dilihat sokongan rakyat berpihak kepadanya Anwar telah merancang untuk diadakan satu demonstrasi di ibu negara Kuala Lumpur pada 20 September 1998. Dan kebetulan pula pada ketika itu Ratu Elizabeth mempunyai satu program di Gereja berhampiran. Jelas tindakan Anwar ini dengan sengaja untuk memalukan Malaysia di hadapan pemimpin negara luar.


Pada 20 September 1998, Anwar berucap di hadapan ribuan penyokong beliau di Masjid Negara . Sebelah malamnya pula Anwar telah ditahan oleh polis. Pada ketika itu saya masih belajar di selatan tanah air, dan dapat melihat kekacauan yang dilakukan oleh penyokong2 Anwar dalam kaca TV . Ibu kota kelihatan lumpuh dengan tindakan pengacau-pengacau ini, seolah-olah cuba menghidupkan budaya Reformasi Indonesia.


Pada 21 September, penyokong2 Anwar telah melakukan kekacauan di ibu negara.Mereka telah berarak beramai-ramai ke pejabat Perdana Menteri untuk memaksa perletakan jawatan. Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penyokong-penyokong Anwar ini.  Bayangkan penyokong2 yang ramai seperti dalam gambar di atas melihat gambar di bawah ini..


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu