Saturday, December 31, 2011

Karnival Sayangi Selangor Meriah dengan Sambutan Rakyat. Petanda Baik untuk BN Selangor?

Karnival Sayangi Selangor yang bermula pada 28hb Dec 2011 dan akan berakhir pada 31 Dec 2011setakat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Karnival selama 4 hari ini di anjurkan oleh BN Selangor dan bertempat di I-City. Pelbagai aktiviti untuk belia dan kekeluargaan telah di susun sepanjang karnival ini.

Dijangkakan pada hari terakhir lebih ramai orang akan berkunjung ke tapak karnival di I-City, Shah Alam . Tiga hari lepas menunjukkan pengunjung datang bertali arus ke tapak karnival. Maklumat terkini , dan gambar-gambar sekitar Karnival Sayangi Selangor boleh di rujuk di blog KitaGempur.com

Bagi yang masih tidak berkesempatan untuk mengunjungi karnival, hari ini adalah hari yang terakhir untuk melakukannya.  Mungkinkah ada sesuatu yang lebih istimewa di hari terakhir karnival ?!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu