Thursday, December 15, 2011

Gelombang Kebenaran Melanda Selangor, Ceramah YB Zul di Kelana Jaya dapat sambutan hebat ! (14/12/2011)

Tadi aku pi Kelana Jaya untuk ceramah Zulkifli Nordin ... perghh kehadiran memang mantap !! YB Zul berceramah lebih kurang 2 jam kebanyakkannya  bercerita pasal pengalaman beliau bersama berjuang dengan  Anwar Ibrahim .




YB Zul menceritakan tentang pegangan pluralisme Anwar Ibrahim yang menyamakan agama Islam dengan semua agama2 lain. Inilah yang dijaja oleh Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan beragama Islam . Penyokong2 PAS pula seolah-olah mengiyakan saja pendapat ini. Mungkin sebab itu juga Anwar Ibrahim setuju dengan penubuhan Interfaith Commission  Mufti Perak , Datuk Harussani dan Timb. Mursyidul Am PAS , Datuk Harun Din telah menyatakan orang Islam yang berfahaman pluralisme boleh jatuh murtad. 



Selain itu, agak menarik cerita YB Zul berkenaan Anwar yang pucat lesi bila diberitahu Saiful Bukhari telah membuat laporan polis berkenaan dirinya telah diliwat . Anwar dikatakan agak penik pada ketika itu dan hilang pertimbangan sehingga telah bersiap sedia untuk melarikan diri dari Malaysia. Malah tiket kapal terbang ke Turkey juga telah ditempah. Mungkin untuk menutup keraguan YB Zul pada ketika itu , Anwar telah memilih untuk berhubung dengan temannya di Kedutaan Turkey dan bersembunyi di situ untuk mengelakkan beliau dari dicekup. Beliau juga mengarahkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah untuk mengada-adakan cerita bahawa beliau diancam bunuh.


YB Zul juga menyentuh mengenai 16 September yang kononnya tarikh keramat Putrajaya akan diambil alih oleh Pakatan Rakyat. YB Zul pada ketika itu bertalu-talu bertanya kepada Anwar siapa mereka yang akan melompat parti , tetapi pelbagai alasan diberikan . Anwar mengaku telah berjaya memperoleh ahli2 parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk 'cross over' . Beliau bijak memutar belitkan penipuan sehingga menyebabkan ramai ahli2 parlimen PR pada ketika itu termasuk YB Zul percaya. Satu perkara yang ditekankan semasa ceramah tadi ialah Anwar memang bijak menipu dan melaga-lagakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.  Tiba 16 Sept, Anwar telah terbelit dengan janji2 beliau sendiri menyebabkan ramai wakil2 rakyat PR sendiri hilang keyakinan pada beliau.


Banyak lagi pembongkaran2 lain di dedahkan , video ceramah akan di update oleh team2 lain yang ada disitu. Gambar semasa ceramah boleh juga dilayari di blog AAKJ.COM



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu