Monday, December 12, 2011

Ceramah Tun Dr. Mahathir - Bangunan UMNO Ampang (11/12/2011)



video


1. UMNO berkongsi kuasa dengan kaum2 lain. Selain menjaga hak Melayu sebagai kaum majoriti , hak kaum2 lain tidak diabaikan.

2. Negara2 lain yang mendapat kemerdekaan pada tahun yang lebih kurang sama dengan Malaysia , kurang berjaya berbanding Malaysia .

3. Konsep kerjasama antara kaum menjayakan Malaysia. Negara dapat dibangunkan dengan pesat dan cepat bila dapat sokongan kuat dari rakyat. Keyakinan pelabur adalah tinggi untuk melabur pada sebuah negara yang stabil seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

4. Sejak merdeka ramai professional di lahirkan di kalangan rakyat Malaysia di bawah rancangan pembangunan kerajaan BN.  Malaah professional/tenaga pakar dari negara kita juga diiktiraf di luar negara. Ada juga pesakit2 dari luar negara datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Kejayaan ini adalah kerana dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.

5. Dunia mengiktiraf BN sebagai parti politik yang berjaya, tiada keperluan untuk ditukar.  Pepatah Inggeris mengatakan "kalau benda itu berjalan dengan baik .. jangan repair.." (seperti diucap oleh Tun Mahathir , sambil disambut oleh gelak tawa para hadirin)

6. Dasar BN adalah untuk mengurangkan jurang miskin dan kaya. Ideologi komunis dan sosialis tercipta kerana terdapat jurang yang sangat jauh antara miskin dan kaya. DEB diwujudkan bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga kaum2 lain.

7. Dasar Malaysia Incorporated yang diperkenalkan kerajaaan BN untuk membantu syarikat2 besar yang telah berjaya mungkin menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat iaitu untuk apa membantu syarikat2 yang telah berjaya.

8. Tujuan kerajaan adalah untuk memperoleh cukai2 dari syarikat2 besar, cukai2 ini diagihkan kepada rakyat dan untuk pembangunan. Pada masa Tun menjadi PM , cukai yang dikenakan adalah sebanyak 28% , kerajaan tidak perlu membuat apa2 pelaburan dan hanya perlu menggubal dasar yang membantu syarikat ini.

9. Kerajaan memperoleh pendapatan dengan dasar ini dan sekaligus rakyat yang kurang kemampuan dalam julat pendapatan tertentu tidak dikenakan cukai pendapatan.

10. Tun juga menyentuh berkenaan budaya demonstrasi jalanan yang menyusahkan peniaga2 . Ketidakpuasan hati terhadap kerajaan sepatutnya pada saluran yang betul dan bukan menyusahkan orang awam dan peniaga2.

11. Berkenaan konsep parti2 komponen yang mewakili kaum tertentu dalam BN sebenarnya adalah perlu untuk menyuarakaan suara hati kaum masing2. Parti tanpa mengira kaum pula akan mewujudkan budaya pilih kasih berdasarkan kaum majoriti atau ketua dalam parti berkenaan. (Contoh mudah DAP dan PKR)

12. Dalam  Barisan Nasional , setiap parti walaupun kecil atau besar akan mempunyai 3 wakil untuk Majlis Tertinggi. Masalah berkenaan kaum masing2 dibincang melalui Majlis Tertinggi yang mempunyai wakil yang seimbang .

13. Tun juga memberi pendapat mengenaai PRU13 iaitu BN pasti tidak akan kalah dalam PRU13 sekiranya tiada budaya tikam belakang sesama sendiri. Pilihan kepimpinan tertinggi dalam menentukan calon pilihanraya untuk BN harus tidak pertikaikan dan sokongan penuh diberikan. Kepentingan parti diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

14. Masalah2 tertentu dalam UMNO juga perlu diberi perhatian. Keahlian UMNO adalah terbuka kepada semua orang. Kadang2 ada ketua cawangan dan ketua bahagian menghalang orang2 yang berkebolehan serta berpendidikan tinggi untuk jadi ahli UMNO. PAS sebaliknya dengan mudah membuka keahlian mereka kepada professional2 ini. Satu masa dahulu PAS dipenuhi oleh guru2 dari sekolah2 pondak , sekarang PAS terdiri dari mereka yang professional.

15. Sekiranya budaya menghalang mereka yang berkebolehan/berpendidikan tinggi untuk masuk UMNO wujud di kalangan ketua2 cawangan dan bahagian , akan tiba satu masa UMNO hanya terdiri dari mereka yang bodoh! Di Selangor dan Kedah sendiri agak sukar mencari mereka yang berkebolehan untuk menjadi menteri2 dan pemimpin tertinggi kerana tidak berkebolehan / kurang kelayakan dari segi pendidikan. Sesuatu harus dilakukan untuk mengelak budaya ini berterusan. Walau bagaimanapun, kepimpinan tertinggi UMNO sekarang adalah dari kalangan mereka yang berpendidikan dan berkeliber , generasi pelapis yang juga berpendidikan dan berkaliber/berkebolehan harus mengambil alih kepimpinan pada masa hadapan demi survival UMNO untuk generasi seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu