Monday, December 19, 2011

Beza Pinjaman Bank Dunia dan Pakej Bantuan Dari Bank Dunia ? AWAS Putar Belit Anwar Ibrahim

Spin Anwar Ibrahim dan balachi2 nya kali ni tak bertahan lama , cepat saja di kantoi kan oleh Dr.Mahathir sendiri, dalam keadaan terbelit tu , sempat lagi diaorang membelit pasal pinjaman Bank Dunia , sidang media dibuat untuk mengelirukan orang ramai. Namun syukurlah ada rakan blogger yang cepat sekali menepis serangan ni dengan fakta2 tepat!

1.Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang yang gemar menipu. Siapa yang tidak tahu mengenai penipuan terang-terangan beliau kepada Malaysia dan dunia mengenai 16 September.

2.Selain daripada itu, beliau telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya. Seperti penipuan mengenai diracun arsenik, penipuan mengenai suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. Malah beliau terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil.

3.Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, Anwar Ibrahim cuba menipu lagi. Kali ini dalam usaha untuk menghapuskan label agen US yang melekat pada dirinya, beliau menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999. Rujuk tulisan dibawah:

4.Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi.

5.Kita juga mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Ini kerana beliau tidak ada idea lain yang boleh difikir sendiri melainkan menerima idea orang lain sahaja.

Seterusnya sila baca di blog Chewal yang lengkap dengan gambarajah2 serta data2 yang mantap yang boleh potong 'stim' balachi2 Anwar yg khabarnya buat press conference tadi .. keh keh keh

2 comments:

Anwar putaralam berkata Mahathir yang meminta bantuan dp bank dunia, sepatutnya Anwar putaralam perlu mengeluarkan bukti yang Mahathir meminta bantuan dp Bank dunia (seperti surat menyurat antara Mahathir dg bank dunia) BUKANnya surat penerimaan wang dp bank dunia.

Boleh jadi juga Anwar sendiri yang meminta bantuan dari bank dunia semasa dia menjadi Menteri Kewangan, dan bank dunia pula yang melewat-lewatkan pemberiannya.

apa nak heran.. Michael Camdessus Ketua Pengarah IMF tu member Anwar...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu