Saturday, November 19, 2011

UMNO 'Winnable Candidate' : Y.B. Dato’ Ir Muhammad Bushro bin Mat Johor

Walaupun agak terlewat sampai ke rumah YB Dato' Bushro semalam , sesi perjumpaan yang agak panjang antara rakan2 dengan beliau secara tak langsung telah berhasil menyelami serba sedikit pengalaman yang telah beliau tempuhi.



Nama penuh YB N38 Paya Jaras ini ialah Dato Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor. Beliau bukan berasal dari golongan keluarga yang senang , dan bermacam-macam kerja telah dilakukan untuk membantu keluarga termasuk menjadi pembantu di warung makan , malah hingga ke tahap menggoreng mee untuk pelanggan kedai. Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, beliau ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Of Stratchlyde Glasgow, Scotland dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Beliau kemudian mula membina kerjaya dalam bidang perundingan kejuruteraan sehingga akhirnya menubuhkan sendiri syarikat perunding kejurteraan milik beliau sendiri. Jelas, segala harta yang diperoleh adalah sebelum beliau aktif falam parti UMNO.  Rumah dan tanah yang diduduki beliau sekarang di Kayangan Heights juga dibeli sebelum beliau aktif di dalam parti UMNO. Dato Bushro adalah seorang pemimpin yang merendah diri dan berpewatakan 'simple' and 'steady' . Agak mengkagumkan, beliau sanggup mendengar dan memberi tumpuan dalam penerangan yang panjang lebar dari kalangan rakan2, berkenaan beberapa strategi dan sekali sekala memberi komen pendek. Sikap ini mengingatkan saya pada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Pemimpin2 seperti ini mengambil serius tentang pandangan yang dilontarkan dan tidak hanya melihat latar belakang orang yang melontarkan pandangan.

Penglibatan Dato Bushro dalam UMNO adalah dengan niat untuk membantu UMNO disebabkan bapa beliau pada satu ketika dulu adalah orang kuat UMNO dan pengajiannya di luar negara juga atas bantuan UMNO. Sikap beliau yang ikhlas dan rendah diri ini lah yang akhirnya menyebabkan beliau dipilih menjadi ketua UMNO bahagian Subang. Semasa pertemuan semalam, kebetulan terdapat beberapa orang sahabat beliau juga datang ke rumah , jelas diperhatikan mereka amat menghormati beliau dari segi tutur kata dan gerak badan. Pada mulanya, terdetik di hati menyangkakan mereka yang datang itu adalah dari kalangan keluarga Dato Bushro kerana terdapat 'keselesaan' dalam komunikasi . Setelah diperkenalkan oleh Dato Bushro, baru lah kita tahu mereka sebenarnya adalah rakan2 yang membantu dalam program2 yang dijalan di kawasan beliau. Dato Bushro sememangnya banyak melakukan program untuk membantu orang2 di sekeliling beliau, atas sebab ini boleh dikatakan beliau agak disayangi oleh pengundi2 di DUN kerana telah menjalankan tugas sebagai ADUN dengan cemerlang sekali.

Dato Bushro sememangnya calon yang mempunyai kriteria 'winnable candidate' yang sering PM nyatakan. Beliau dekat di hati masyarakat setempat, mudah untuk rakyat berjumpa dengan beliau dan perwatakan yang amat 'humble' sekali hingga untuk mereka yang pertama kali berjumpa dengan beliau (contohnya saya sendiri yang sebelum ini tak kenal dengan Dato Bushro) tak menyangka bahawa beliau sebenarnya seorang YB , dari cara pemakaian dan tutur kata.  Untuk PRU13 yang akan datang, kita berharap calon2 seperti YB Dato Bushro di tonjolkan bagi mengambil alih semula negeri Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu