Monday, November 21, 2011

Suhakam sibuk jaga hak asasi militan,lupa hak asasi rakyat ?

Penahanan beberapa orang yang disyaki menjalankan kegiatan militan di Sabah baru2 ini mendapat tentangan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) . Seperti yang umum ketahui pendirian Suhakam akan dimanipulasi oleh aktivitis2 PR yg kononnya prihatin dgn nasib suspek2 militan ini.

Sekadar gambar hiasan

Seolah-olah menyindir tindakan PM yang baru2 ini memansuhkan ISA, Suhakam mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan kelompok yang disyaki militan itu.



Polis mengesahkan telah menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut ISA antara 14 hingga 16 November kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan.
Perlu kita ingat, akta baru yang akan digunakan untuk menggantikan ISA masih belum digubal dan diberitakan akan diumumkan Mac 2012. Sekiranya berlakunya ancaman dalam negara yang memerlukan polis bertindak cepat, tidak salah sekiranya ISA digunakan. Penahanan ini adalah berasaskan bukti2 yang sangat jelas diperoleh iaitu sejumlah besar senjata api dan bahan letupan!



Suhakam sibuk membicarakan hak asasi militan2 dan mereka yang berbahaya pada masyarakat tetapi Suhakam lupa pada hak asasi majoriti rakyat yang mahukan keamanan. Tindakan penahanan adalah berdasarkan bukti2 jelas,malah mungkin ada lagi jaringan2 mereka yang masih bebas. Apa yang dilakukan adalah tindakan awal untuk pencegahan. Kita tak mahu kejadian Bukit Sauk pada tahun 2000 berulang dimana 3 orang anggota keselamatan kita mati dibunuh oleh kumpulan Al-Maunah.


Semasa peristiwa itu ,Lim Kit Siang dari DAP masih mempersoalkan tindakan kerajaan menahan anggota Al Maunah dibawah ISA. Kenapa Suhakam dan Lim Kit Siang tidak pula melihat hak asasi 3 orang anggota keselamatan kita yang mati dibunuh ketika itu? Hak asasi keluarga yang bergantung pada mereka? Sekiranya anasir2 militan seperti ini tak dibendung tidak hairanlah lebih ramai rakyat Malaysia direntap hak asasi mereka semata mata mahu menjaga hak asasi militan .

Bloody stupid Suhakam , should have done something better rather than keep covering these militants ass!!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu