Saturday, November 19, 2011

Roboh Madrasah - PAS mengamalkan konsep "Wal Halal Ku Wal Haram Mu"

Beberapa tahun lepas semasa kerajaan BN masih memerintah negeri Selangor , terdapat beberapa surau terpaksa dirobohkan atas sebab-sebab tertentu . Misalnya telah terdapat beberapa surau dan masjid berhampiran, dan tapak surau yang dirobohkan itu digunakan untuk pembangunan yang memberi manfaat pada masyarakat sekitar, malah surau2 yang dirobohkan itu juga diganti sekiranya tiada kemudahan surau yang berdekatan untuk penduduk. Pemimpin PAS tanpa berlengah bijak memainkan isu ini serta menghasut dan menanam kebencian orang Islam di atas tindakan kerajaan BN di Selangor. Paling ketara ialah kes di Kampung Berembang.



Kemudian apabila kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Isu yang sama timbul apabila mereka meneruskan polisi meroboh masjid dan surau yang pada satu ketika dulu amat ditentang oleh golongan lobai2 serban ketat. Surau Al-Hidayah di Rawang yang berusia lebih 100 tahun telah diberi notis untuk pengambilalihan tanah. Tindakan ini mendapat tentangan hebat dari kalangan penduduk hingga keputusan ini terpaksa ditangguhkan demi menjaga periuk nasi politik.



Zulkifli Nordin dalam blog entri pada 17 Nov 2011 menceritakan sikap munafiq pemimpin2 dan penyokong PAS dalam soal perobohan Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Star yang juga berusia lebih 100 tahun. Pejuang PAS yang selama ini yang kononnya berjihad mempertahankan surau2 yang dirobohkan oleh kerajaan BN di Selangor tiba-tiba menjadi bisu apabila perkara yang sama berlaku dibawah negeri yang ditadbir oleh mereka. Oleh itu benar lah ungkapan yang selalu sangat ditujukan dikalangan orang2 PAS . "Wal Haram Mu Wal Halal Ku"



Baca seterusnya catatan dari Zulkifli Nordin di sini.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu