Sunday, November 20, 2011

Refreshment : 30 Fakta Penyelewengan Pakatan Selangor

Posting kali ini hanyalah ulang tayang isu2 yang pernah dibangkit oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor. Perkara2 sebegini perlu di ulang berkali-kali kerana perkara yang sama di lakukan oleh juak2 PR.  Samada fitnah atau fakta ... perkara2 yang diulang berkali - kali akhirnya meninggalkan kesan pada pemikiran individu.

1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN.

3. Kerajaan Negeri MEMBATALKAN PEMBINAAN UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor.

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri MENUTUP INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BUMIPUTERA - Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan Negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah - tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangor (UNISEL) dengan baik sehingga ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan RM 800, 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan Selangor.

9. Kerajaan Negeri GAGAL MENGURUSKAN PERLOMBONGAN yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar.

10. kerajaan Negeri MENIPU DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat apabila GAGAL MENGUTIP RM 150 juta hasil pasir di negeri Selangor.

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd secara cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut.

12. Kerajaan Negeri gagal menguruskan Institusi Pejabat Menteri Besar dengan baik sehingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar.

13. Kerajaan Negeri gagal mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatan dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontrak.

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari Pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak.

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga ia telah MENGGADAIKAN SEMUA HARTANAH PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.

17. PKNS telah MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT dengan membiayai sebanyak RM520,000 untuk majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN.

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731,000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing.

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935,000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

20. Kerajaan Negeri GAGAL MENGURUS AIR DI SELANGOR DENGAN BAIK sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014.

21. Kerajaan Negeri juga GAGAL MEMBERIKAN AIR PERCUMA seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya 2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila akan berlaku krisis air pada tahun 2014.

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan.

23. Kerajaan Negeri Selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan JUALAN ARAK MBSA di Shah Alam.

24. Kerajaan Negeri Selangor telah membiarkan institusi masjid menjadi gelanggang politik.

25. Kerajaan Negeri gagal mengurus sumber kewangan dengan baik pada tahun 2008, di mana defisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudian pada 2009 defisit menjadi RM66 juta dan meningkat lagi pada 2010 menjadi lebih RM144 juta. Berbanding dengan zaman pemerintahan BN pada tahun 2006 iaitu RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan sebanyak RM131.8 juta.

26. Kerajaan Negeri TIDAK CEKAP dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah MEMOHON 3 KALI PERBELANJAAN TAMBAHAN bagi tahun 2010 iaitu pada Mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan November 2010 sebanyak RM8 juta.

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330,367.96 untuk kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . Kenapakah perlu beliau menerima rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui tinggi perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. Ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

28. Kerajaan Negeri lebih pro mengutip hasil cukai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan, spa, pusat urut dan pusat judi di Negeri Selangor.

29. Kerajaan Negeri MENYALAHGUNAKAN kepala surat pejabat Menteri Besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri.

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sultan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor.


sumber : GAP @ GAPS-Gabungan Anti Penyelewengan Selangor

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu