Monday, November 21, 2011

PKR cuba lagakan Islam dan Kristian di Sarawak !!

Baru Bian ,Ketua PKR Sarawak mendakwa terdapat usaha untuk sebarkan Islam pada kanak2 Kristian di tabika KEMAS, Sarawak. Walau bagaimanapun hal ini disanggah oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurut Datuk Fatimah, di Bekalalan (kawasan Baru Bian), hanya ada 11 tabika KEMAS dan hanya tiga orang pengasuh beragama Islam, itu pun disebabkan tabika itu mempunyai ramai kanak2 beragama Islam. 8 tabika lain terdiri dari pengasuh bukan Islam.

Mungkin Baru Bian mendapat maklumat apabila tabika yang majoritinya kanak2 beragama Islam diajar dgn nilai2 Islam oleh guru mereka, dan kebetulan pula terdapat kanak2 bukan Islam berada dalam kumpulan yang sama menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati ini.

Sebenarnya hal ini adalah perkara yang mudah untuk diselesaikan di peringkat tabika itu sendiri cuma ADUN PKR itu lebih senang mensensasikan cerita sebegini untuk menimbulkan ketegangan antara agama. Mungkin juga untuk cuba mendapat keuntungan dari segi politik?

Satu ketika dulu di Pulau Pinang banyak juga tabika2 dan sekolah2 mubaligh. Ramai juga anak2 orang Islam yang masuk untuk belajar di situ tetapi tidak pula timbul isu sebegini? Jelas PKR sengaja menimbulkan isu sebegini , mungkin juga untuk membandingkan senario yang berlaku di semenanjung di gereja DUMC dan juga dakwaan guru tusyen yg cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus dikalangan pelajar Islam.

Jadi tindakan Baru Bian secara tak langsung merupakan respons dengan apa yang berlaku di semenanjung kerana kenapa hanya baru kini dipersoalkan apa yang berlaku di tabika KEMAS di Sarawak? Seperti yang kita tahu , Sabah dan Sarawak adalah negeri di Malaysia di mana sifat perkauman dan melampau agama hampir tiada. Walau bagaimanapun hari ini, suasana sebegini semakin terhakis dengan trend politik yg dibawa masuk oleh DAP,PAS dan PKR. Semoga rakyat Sarawak dan Sabah tak terpengaruh dengan dakyah2 yang memecah belahkan ini.




Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu