Sunday, November 13, 2011

Milosuam Kantoi Lagi ! : Kapal Peronda Malaysia Terlalu Mahal Berbanding Filipina??

Blogger Milosuam buat fitnah ! Kali ni berkenaan kapal SGPV yang bakal dibina di Malaysia . Blogger ini dengan kemampuan berfikir dan mencari maklumat yang amat lemah telah membandingkan harga pakej 6 buah SGPV yang akan dibeli Malaysia dengan harga kapal peronda Filipina . Saudara-saudara sekelian, sebenarnya Milosuam sedang membuat perbandingan harga umpama harga segelas air suam dengan harga segelas fresh orange. Berikut adalah penjelasan sebenar ;

Dua syarikat yang tersenarai pendek ialah kapal kelas Sigma 10614 (Belanda) dan kelas Gowind (Peranchis)

sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm 

Sigma Class - SGPV Malaysia (option 1)





i.Reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar
ii.Penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia
iii. Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi
iv. Pada 6 Feb. 2008, kerajaan Maghribi telah menandatangani kontrak USD1.2 billion dengan Schelde Naval Shipbuilding untuk pembinaan 2 buah SIGMA class.

sumber: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Sigma_class_corvette


Gowind Class - SGPV Malaysia (option 2)



i. Rekabentuk Halimunan setanding friget class Delta (Singapore) , berkonsep Stealth
ii. Kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap
iii. Spesifikasi pembinaan mempunyai panjang 99.5 m dan sesaran/displacement 2,200 tons (muatan penuh)

sumber:-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri
&pg=dn_01.htm

"Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo."

"Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal
induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut."

v. Pada October 2006 , Perdana Menteri Bulgaria dan President Peranchis bermesyuarat untuk kontrak pembelian 4 buah Gowind class . Kontrak pada masa itu dianggarkan EUR900 million (USD 1.25 billion).
Walau bagaimanapun kerajaan Bulgaria terpaksa menarik diri dari tender kerana tiada kemampuan .

sumber:
http://www.defenseindustrydaily.com/bulgaria-orders-4-gowind-200-frigates-from-dcns-03951/

Kesimpulan.


Berdasarkan maklumat di atas, harga untuk sebuah Sigma class =( USD1.2 bil x 3.15 ) / 2 = RM 1.89 billion) . Manakala harga untuk sebuah Gowind class = (USD1.25 billion x 3.15) / 4 = RM 0. 984 billion

Perlu kita ingat harga yang tertera di atas ialah pada tahun 2008 (Sigma class) dan tahun 2006 (Gowind class), tukaran USD berbanding dolar bukan pada kadar 3.15 , dan sepatutnya pada kadar yang lebih tinggi.

Dan sekarang kita telah berada pada tahun 2011, spesifikasi untuk Sigma class dan Gowind class telah dipertingkatkan juga sepatutnya kos juga meningkat tetapi kerajaan masih berupaya berunding sehingga berjaya mendapatkan harga hanya pada RM1 billion sebuah .

Apa yang dibeli oleh kerajaan Filipina ialah (Hamilton class) ship iaitu jenis kapal tempur yang berbeza berbanding Sigma class dan Gowind class.



sumber : http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=746122&publicationSubCategoryId=63

Dari wikipedia serba sedikit berkenaan Hamilton class ;

"The Hamilton class cutter was the largest class of vessel in the United States Coast Guard until replaced by the National Security Cutter, aside from the Polar Ice Breakers. The hull classification symbol is prefixed WHEC. The cutters are called "Hamilton class" after their lead ship, or "Secretary class" because they are named after Secretaries of the Treasury (with the exception of "Hero Class cutters" Jarvis, Munro and Midgett,). They are powered by a CODOG (Combined Diesel or Gas) system consisting of two diesel engines and two gas turbines, and have controllable pitch propellers. Equipped with a helicopter flight deck, retractable hangar, and the facilities to support helicopter deployment, these 12 cutters were introduced to the Coast Guard inventory in the 1960s. Beginning in the 1980s and ending in 1992, the entire class was modernized through the Fleet Rehabilitation and Modernization (FRAM) program, which included the replacement of the original 5 inch (127 mm)/38 caliber gunwith a much more modern 3 inch (76 mm)/50 caliber weapon. The primary mission of these vessels is enforcement of laws and treaties and search and rescue (SAR) on the high seas, including the U.S. exclusive economic zone."

Jelas spesifikasi dan teknologi Hamilton class adalah lebih rendah berbanding Sigma dan Govind class. Pada masa kini Hamilton class digunakan oleh dua negara iaitu Filipina dan Nigeria.

Blogger Milosuam kantoi lagi... jelas sekali blogger pro -PR ini melakukan analisis yang amat dangkal sekali . Banyak lagi posting2 beliau sebelum ini dipersoalkan kesahihannya. Apa yang menarik , pemberi komentar menyokong dalam 'entry' beliau hanya mengangguk seperti lembu yang dicucuk hidung tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.

8 comments:

kalau TLDM beli kapal mcm Filipina, suru jer Milosuam dgn pak turutnya jadi kelasi......

jangan kata jadik kelasi... jadik pelampung pun tak layak bai... hehehehe

jadi fendes getah tuk kapal merapat dipelabuhan sesuai benar lah...

Salam Saudara

Sangat informatif.
mohon siar artikel ni di blog saya....

askarsetia.blogspot

salam encik askar setia , terima kasih kerana membaca artikel saya , saudara boleh share artikel ni di blog saudara , kita hanya berkongsi fakta. tq

Seronok Navy The Best sebab dapat lihat warga Malaysia yg sangat bijak dan mampu menepis sdgala dakyah jahat pkatan pembangkang. Jasau dikenang blogger Bidaman.

Bagus tuan.

Selama ini blogger bangang Pakatan ini hanya tahu menyerang jer. Tanpa kita (baca -kerajaan) mampu membalas semula ulasan bodoh mereka. Sekurang-kurangnya info ini dapat membantu kami yang tak berapa faham tentang kos pertahanan negara.

Hanya Najib satu-satunya PM yang cuba memperkasakan pertahanan negara. Itupun setelah menimbangkan berpuluh-puluh kali sama ada mahu melabur dalam pendidikan atau mempertingkatkan kemampuan pertahanan. Bayangkan sebijik jet pejuang harganya menyamai membina berpuluh-puluh sekolah. Jet maksimum 2 pemandu. Sekolah ... berapa ribu rakyat Malaysia boleh jadik cerdik pandai?

Kekadang sedih, Malaysia terkedepan dalam banyak hal tapi pertahanan ... coroi!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu