Monday, November 28, 2011

The Malaysian BAR Council - Being Act Ridiculously Again??

Senarai campur tangan BAR council dalam soal-soal sensitif dan ketenteraman negara :-


1. Mendesak kerajaan supaya mengkaji semuala hukum sebat yang dikenakan pada Kartika Sari (kerana minum arak) oleh Mahkamah Syariah .

2. Tekanan kepada Hakim yang terlibat dalam kes murtad Lina Joy di Mahkamah Persekutuan.

3. Tekanan kepada kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

4. Mengeluarkan kenyataan media yang menyokong orang bukan Islam untuk menjadi peguam di Mahkamah Syariah.

5. Sokongan kepada Interfaith Council , menuntut kesamarataan dalam beragama. Sila rujuk disini untuk mengetahui 14 tuntutan Interfaith Council.

6. Memainkan peranan dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam kes Teoh Beng Hock walaupun jelas dalam keputusan Suruhanjaya DiRaja menunjukkan Teoh Beng Hock  membunuh diri.

7. Campurtangan dalam isu JAIS - DUMC

macam2 lagi...dan yang terbaru ...

8.  Bantahan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2011 (Peacefull Assembly Act 2011)

Jelas sekali 'badan bebas' ini sebenarnya bukan badan bebas yang sebenarnya . Banyak isu2 yang diperjuangkan adalah untuk kepentingan segelintir golongan2 tertentu . Perlu kita ingat .. salah seorang ahli Malaysian BAR Council ini terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Dato' Sosilawati dan 4 lagi yang lain...bukan sebagai peguan, tetapi sebagai tertuduh . Malaysian Bar Council dilihat condong menyebelahi pembangkang walau dikatakan sebuah badan bebas , isu2 yang dibangkitkan adalah agak sensitif dan berpotensi untuk menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih besar.

Saya telah menyatakan bantahan terhadap acara ini melalui quote di twitter seperti berikut, dan amat berterima kasih kepada rakan2 yang sudi re-tweet untuk menunjukkan kita tidak menyokong acara bantahan yang diadakan itu ;

#Walk4Freedom is seriously waste of time and politically driven event influenced by Pakatan Rakyat,this event not reflect the majority!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu