Sunday, November 13, 2011

Lupa Golongan Berpendapatan Rendah , PR Sabotaj KR1M !!!

Kedai rakyat 1 Malaysia atau KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah mempunyai pilihan membeli barangan keperluan pada harga yang lebih murah.



Semasa KR1M dicadangkan, terlintas juga di fikiran kenapa perlu lagi kedai2 sebegini sedangkan kita telah ada banyak hypermarket seperti Giant, Tesco dan Carrefour yang menawarkan harga2 murah utk barangan2 yang tertentu. Setelah diteliti apa yang membezakan KR1M dan hypermarket2 yang lain ialah ,konsep KR1M lebih kepada sebuah kedai runcit yang menawarkan harga barangan yg murah setanding dgn harga yang boleh diperoleh di hypermarket2 lain. Jadi pembeli tidak perlu membuang masa pergi ke hypermarket untuk membeli 1 - 2 barangan pada harga yang rendah misalnya untuk membeli 1 kilo beras . Sememangnya di KRIM barangan dipaket pada kuantiti yang kecil untuk memastikan golongan yang berpendapatan rendah masih dapat membeli pada saat keperluan dan kemampuan yang ada pada ketika itu.




Penubuhan KR1M juga secara tak langsung dapat mengawal harga barangan di pasaran . Konsep mudah ekonomi , apabila permintaan tinggi, bekalan kurang harga akan naik, dan apabila permintaan tinggi, bekalan juga banyak , harga baragan akan menjadi lebih stabil kerana tidak berlaku monopoli.


Tony Pua dalam laman twitter telah membuat pelbagai dakwaan berkenaan produk2 yang diperoleh dari KR1M. Ada antara produk2 ini juga telah dibawa ke makmal untuk dianalisa. Produk2 dari KR1M dikatakan tidak menepati standard yang ditetapkan . Apa yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa produk2 murah dari hypermarket2 lain juga TIDAK di bandingkan , dan dihantar ke makmal untuk analisa ? Apabila Tony Pua membuat kenyataan berat ikan sardin didalam tin 155g hanya 37% daripada 55% standard yang sepatutnya dicapai, adakah beliau membuat perbandingan peratus berat untuk 155g sardin berjenama Tesco , Giant dan Carrefour ? Adakah berat ikan sardin didalam tin 155g daripada ketiga-tiga pasaranya ini mencapai standard 55% dari berat keseluruhan (155g) ? Untuk pengetahuan, pembungkusan sardin2 di dalam tin adalah melalui kaedah automasi , dan kaedah automasi untuk pembungkusan bahan makanan terutama ikan adalah agak sukar . Setiap sardin yang dbungkus mempunyai berat2 yang berbeza, pembungkusan daging kisar sebaliknya adalah lebih mudah kerana berat adalah konsisten. 

Tony Pua juga mendakwa kandungan susu yang dihantar ke makmal telah dianalisis dan hasil analisis menunjukkan kehadiran bakteria E-Coli . Banyak persoalan juga boleh ditimbulkan disini dari segi statistik iaitu berapa banyak sampel yang dihantar untuk analisis dan daripada nya berapa sampel yang ditemui bakteria E-Coli? Juga , bagaimana untuk memastikan sampel yang dihantar itu tidak disabotaj? Adakah prosedur makmal mengikuti standard? Adakah sampel tidak tercemar ? Hal2 yang hampir serupa ini sebenarnya ditanya oleh pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim , pakar mereka iaitu Dr. McDonald mempersoalkan integriti makmal, kaedahan pengambilan sampel dan sebagainya. Jadi kenapa kita tak boleh mempersoalkan hal yang sama sekarang? 

Usaha kerajaan menubuhkan KR1M hanya lah untuk membantu meringankan beban rakyat . Dan amat menghairankan demi kepentingan politik ,hal ini dibangkitkan menjadi satu isu ? Apa yang jelas , sekiranya KR1M tutup kedai keran hal 'bodoh' yang dibawa Tony Pua , rakyat dari golongan berpendapatan rendah terus tidak mendapat manfaat apa2. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu