Sunday, November 27, 2011

Laman Group Facebook Berbahasa Cina Sebar Fitnah : Kad Kesihatan ..

Pagi ni semasa tengah melayari facebook, tiba2 mata terpandang satu komen 'fitnah' yang agak menarik dari golongan2 chauvanis iaitu (setelah di terjemah) ;

"Kerajaan Barisan Nasional akan memperkenalkan satu bentuk skim kesihatan kepada rakyat Malaysia dan skim kesihatan ini wajib di miliki setiap rakyat! Kelebihan kad kesihatan ini banyak kekurangannya berbanding kad kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insuran. Kad kesihatan yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional ini hanya terhad kepada penyakit dan wabak2 yang biasa sahaja, dalam erti kata yang lain , sekiranya pemegang kad mempunyai masalah kesihatan selain dari penyakit dan wabak2 yang tersenarai dalam kad , maka pesakit itu perlu membayar bil perubatan dengan wang sendiri. Juga sekiranya kad kesihatan ini tidak dibeli dari kerajaan, maka rakyat tidak berhak mendapat nasihat2 perubatan dari mana2 hospital di Malaysia termasuk hospital kerajaan. Sumber yang dipercayai mengatakan, skim kad perubatan ini akan di lancarkan pada tahun depan"


Saya terus ke link 'sumber' yang katanya dipercayai itu iaitu group facebook yang saya percaya di dominasi oleh kaum Cina iaitu  我们全力支持民行   (We Fully Support PR - DAP)



Saya mohon pada polis agar memantau group facebook ini kerana informasi2 yang diberikan bertujuan menghasut , dan saya agak pasti mungkin juga ada komen2 yang berunsur perkauman disebabkan tindakbalas admin page dalam memberi maklumat yang salah atau tak disahkan pada ahli2 group.

Menarik sekali mereka mempercayai 100% mempercayai sumber dalaman ini , dan terus membuat hebahan di kalangan kaum Cina. Berdasarkan komen2 , diperhatikan ramai di antara mereka seperti bulat2 mempercayai hal-hal sebegini. (Terima kasih pada teknologi internet yang membolehkan perkataan2 dalam bahasa cina diterjemah).  Agak pelik kenapa mereka ini tidak memikirkan kewajaran PM Dato' Seri Najib mengarahkan pembukaan klinik 1Malaysia , jelas pembukaan klinik 1Malaysia adalah untuk tidak membebankan rakyat. Dan khidmat kesihatan oleh kerajaan di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia dan untuk kes2 kecil ialah percuma.

Dari ucapan Najib semasa pembentangan bajet 2012 ;



Agak pelik juga kenapa ucapan Bajet 2012 tidak diambil kira dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf kesihatan rakyat dengan pembinaan tambahan klinik 1Malaysia, suntikan imunisasi percuma dan lain2 lagi. Bukan fitnah yang cuba di lakukan oleh chauvanis2 ini amat kontra sekali dengan ucapan bajet PM yang mahu memberikan perkhidmatan percuma dan murah pada rakyat Malaysia?

Untuk maklumat lanjut berkenaan rawatan pesakit di klinik dan hospital kerajaan sila lawat laman ini

Saya berpendapat mereka yang menyebarkan fitnah berkenaan hal kad kesihatan yg wajib dibeli oleh setiap rakyat mungkin mendapat maklumat yang tidak tepat , mereka menggunakan isu yang tidak pasti ini (maklumat yang diperoleh sumber dipercayai?? ) untuk menaikkan kemarahan orang ramai. Saya tertanya adakah mereka/chauvanis yang marah2 dan mempercayai fitnah serta tomahan ini pernah menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan?? Menarik juga apabila mereka boleh mempercaya cerita yang tidak pasti (sumber dalaman) tetapi video lucah yang secara terang2 menunjukkan wajah pemimpin PR ditolak dengan pelbagai alasan ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu