Wednesday, November 9, 2011

Eksport Import Malaysia - Israel ? Isu di Sebaliknya...

Sekarang di blog2 pro PR dan penyokong2 PR di facebook memainkan isu import-eksport Malaysia dan Israel. Maklumat yang diperoleh adalah dari laman web EU27 , dimana data2 perdagangan antara negara2 EU27 dipaparkan. Berikut adalah statistik data negara Israel.

Maklumat menunjukkan import Israel dari Malaysia sebanyak 62 million euro dan eksport Israel ke Malaysia sebanyak 568.1 million euro. Perbandingan dilakukan pula dalam jadual dibawah iaitu import eksport Malaysia antara negara2 .


Maklumat menunjukkan import Malaysia dari Israel adalah sebanyak 551.4 million euro dan eksport Malaysia ke Israel pula tiada dalam 50 negara yang tersenarai. 

Mengikut Akta Larangan Kastam 1967, terselit antara senarai antaranya ialah semua jenis barangan yang hendak dieksport ke Israel memerlukan lesen eksport MITI . Ini adalah berpandukan 2 perkara berikut iaitu ;

i. memberi perlindungan kepada kepentingan pengilang, kesihatan dan kitar
hayat kilang tempatan dan juga bagi kepentingan keselamatan negara.

ii. Akta itu juga mengambil kira polisi luar negara Malaysia dan yang
memastikan terdapatnya bekalan barangan perlu yang mencukupi.

Begitu juga perintah larangan import untuk barangan2 dari Israel kecuali mendapat pelepasan import atas sebab2 yang boleh diterima pakai. Perkara ini turut dinyatakan dalam perkhidmatan 'courier' antarabangsa misalnya FedEx, DHL etc.

Contoh2 barangan yag terpaksa diimport dari Israel ialah mesin2 teknologi moden yang tiada di buat di negara lain dan pengilang tidak mempunyai pilihan ,semasa aku bekerja di dalam bidang teknologi automasi 7 tahun lepas, memang perkara ini ada berlaku. Pengilang terpaksa mengimport teknologi dari Israel ini dan perlu melalui beberapa prosuder tapisan. Seperti yang dinyatakan di atas, kerajaan perlu memberi perlindungan kepada pengilang-pengilang.

Perlu2 diingatkan , pengilang2 ini adalah terdiri dari pelabur2 luar negara yang merancakkan ekonomi dalam negara. Teknologi2 yang dibawa oleh pelabur2 ini dalam proses pengeluaran ada yang berkaitan dgn teknologi yang berasal dari Israel , misalnya pengilang2 dari USA . Sekiranya kerajaan bertegas dalam soal ini tanpa memikirkan kerugian bakal ditanggung pengilang, maka pelaburan akan keluar dari Malaysia , dan menimbulkan keraguan pelabur2 asing yang lain untuk melabur di Malaysia. Walau bagaimanapun kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini hanyalah sebagai langkah terakhir, dan pengilang2 ini tak boleh sewenang-wenangnya mengimport barangan2 dari negara Israel.

Seperti yang kita maklum, USA adalah rakan dagang Malaysa yg ke-4 terbesar , dan USA juga adalah rakan dagang Israel yang terbesar. Hubung kait ekonomi , dan perpindahan teknologi USA-Israel tidak dapat tidak..tetap akan memberikan sedikit tempias pada Malaysia (walau kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat) . Pada masa yang sama kepentingan pelaburan perlu di jaga untuk meneruskan kelangsungan ekonomi.

hmm terkenang petikan2 dari portal online luar negara ;

"In a remarkable development, B’nai B’rith International has urged the U.S. to end its relationship with Anwar, citing his “…anti-Jewish and anti-Israel slanders, such as his April 30 assertion that Israeli spies are ‘directly involved in the running of the government,’” and his active role in sparking the recent resurgence of anti-Semitic sentiments in Malaysian politics. In a letter addressed to the State Department, the Senate’s Committee on Foreign Relations, and the House Committee on Foreign Affairs, the venerable organization argued that “[a] purveyor of anti-Jewish hatred such as Ibrahim should not enjoy the measure of legitimacy that a positive relationship with the United States would confer upon him.”"

"Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee ChairmanHoward Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."

Fikir2 lah ...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu