Tuesday, November 22, 2011

Dilema menjadi anak Perdana Menteri Malaysia - Diluah Mati Emak Ditelan Mati Bapak

Terdapat ramai di kalangan belia yang bergelar jutawan di usia yang muda , sekadar menyebut beberapa nama, mereka ialah Irfan Khairi, Taek Jho Low, Linda Onn , Philip Lau , Ganesh Kumar Bangah dan Joey Yap.



Ada yang mudah bergelar jutawan disebabkan berasal dari keluarga yang berpengaruh, jadi 'network' untuk perniagaan telah sedia wujud,peluang2 telah ada di depan mata tambahan lagi dengan keyakinan bank untuk memberi pinjaman bagi pembelian saham dan syarikat2 rakan niaga untuk melabur disebabkan pengaruh ini . Mereka yang bermula dari 'zero' pula terpaksa membina 'network' perniagaan dan terpaksa melalui lebih banyak kesukaran.

Sekiranya anak seseorang yang sangat berpengaruh/kaya raya cuba melalui proses yang dilalui oleh orang kebanyakkan dengan menghantar 'resume' untuk meminta kerja di sesebuah syarikat, pasti persoalan yang timbul adakah mereka ini akan dilayan seperti calon2 lain ? Tentu tidak , malah sebaliknya mungkin di 'offer' untuk satu posisi yang lebih penting dalam syarikat atau ditawar untuk mempunyai syarikat sendiri. Secara logiknya ,pengarah2 syarikat berkenaan pasti menganggap itu adalah peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan mereka kerana hubungan2 dgn orang2 berpengaruh , kenamaan adalah amat penting dalam strategi dunia perniagaan. Jadi tidak menghairankan kenapa anak2 orang yang berpengaruh dan kaya raya ini mudah untuk menjadi pengarah dan mempunyai syer  dalam syarikat pada usia yang muda.



Contoh mudah ialah Taek Jho Low yang di lantik sebagai Non Executive Director dalam UBG Berhad, Loh & Loh Corporation dan Putrajaya Perdana Berhad . Kes yang serupa berlaku pada anak lelaki PM iaitu Mohd Nazifuddin yang dilantik sebagai Non Executive Director dalam Harvest Courts Industries Sdn Bhd. selain mempunyai kepentingan dalam beberapa buah syarikat yang lain.



Apa yang menarik mungkin disebabkan Mohd Nazifuddin mempunyai status sebagai anak Perdana Menteri Malaysia , maka puak2 dari PR telah memainkan isu ini dan menyebarkan kepada rakyat seolah-olah ia sesuatu yang amat pelik. Apakah mereka mengharapkan anak2 PM hanya duduk di rumah , main games , tengok tv, makan , tido ? dan adakah puak2 PR ini mengharapkan sekiranya anak2 PM nak kerja , mereka hanya layak jadi Operator Pengeluaran, Kerani,Jurutera, Technician, Doctor.. etc .. persoalannya syarikat mana yang sanggup ambil mereka untuk buat2 kerja2 seperti itu kerana ini melibatkan reputasi syarikat. Adakah Pengarah syarikat akan berkata "Anak PM kita kerja kat company I jadi engineer , I bagi dia gaji RM3000 sebulan.." , duhhhh ???  Jadi semuanya serba tak kena!

Beberapa hari lepas saham Harvest Courts Industries Sdn Bhd telah jatuh merudum dengan teruk sekali akibat isu2 yang dimainkan oleh juak2 PR.  sumber . Mungkin untuk tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan memberi kesan pada imej Dato Seri Najib , Mohd Nazifuddin mengumumkan perletakkan jawatannya semalam selepas 25 hari dilantik sebagai Non Executive Director dalam Harvest Courts Industries Sdn Bhd. Walau bagaimanapun , beliau masih lagi mempunyai share di dalam syarikat. Pagi ini selepas pengumuman perletakan jawatan Mohd Nazifuddin , nilai pasaran saham syarikat terus meningkat setelah mengalami kejatuhan beberapa hari yang lepas

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu