Sunday, November 6, 2011

DAP mahu kurangkan kakitangan awam bila ambil alih Putrajaya & PAS menyokong ?

Dalam satu kenyataan di Sinchew Daily pada 1 Nov 2011, sebilangan besar kakitangan awam kerajaan akan diberhentikan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Kakitangan kerajaan yang dah berumur pula akan diminta untuk berhenti kerja kerana tidak produktif. Jumlah kakitangan kerajaan sekarang ialah 1.3 juta. Pakatan Rakyat bercadang untuk mengurangkan kakitangan kerajaan kepada 650,000 sahaja. Iaitu lebih 650,000 kakitangan dalam kerajaan sekarang akan menghadapi kemungkinan untuk dibuang kerja sekiranya Paktan Rakyat mengambil alih kerajaan!!



Kemasukkan dalam sektor awam juga akan dihadkan dengan pelbagai tapisan. Dalam keadaan sekarang pun kemasukan dalam sektor awam adalah amat sukar sekali ini kan pula apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan polisi pengurangan kakitangan awammnya. Mereka yang berada dalam pentadbiran awam pun tidak terjamin jawatannya , ini pula bagi mereka yang baru memohon untuk masuk dalam sektor awam. Lebih membimbangkan jawatan2 dalam pentadbiran awam tidak lagi dipegang oleh orang Melayu! Apa yang diperhatikan sekarang adalah penyingkiran golongan bumiputera/Melayu dalam sektor pentadbiran awam secara halus

PAS pulak bagai lembu yang dicucuk hidungnya, tidak mempunyai bantahan dengan cadangan DAP ini malah hanya mengatakan isu pengurangkan kakitangan kerajaan tidak berbangkit. Ini telah dinyatakan dalam blog Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau dengan secara halus cuba mengalihkan isu pengecilan kakitangan awam ini, apa yang dicerita kan dalam blog beliau mengenai kepentingan meningkatkan kecekapan, sikap tanggungjawab dan daya saing dalam perkhidmatan awam adalah sesuatu yang memang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional secara berterusan. Beliau tidak menyentuh perkara2 penting yang dibangkitkan Tony Pua dan sekadar mengatakan "Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara." . Kenyataan ini adalah bersifat terlalu umum dan memang dilaksanakan oleh mana2 kerajaan dalam dunia ini termasuk kerajaan Barisan Nasional.

Oleh itu nasihat saya kepada penjawat2 awam yang ghairah menyokong Pakatan Rakyat, buka lah mata anda seluas-luasnya selepas ini. Masa depan anda dalam perkhidmatan awam adalah 50-50 sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Boneka2 Melayu dalam Pakatan Rakyat tak mampu untuk menolong anda, sedangkan dalam keadaan sekarang pun masing2 bagai dicucuk hidung. Adakah anda fikir anda akan selamat sebab anda menyokong pembangkang?? Hmm tengok sajalah nasib peniaga restoran atas pokok Do Re Mi di Pulau Pinang, beliau adalah penyokong kuat PAS , tetapi apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, gerai beliau sewenang-wenang di roboh , begitu juga di Kg. Buah Pala bila mana rumah2 telah diroboh oleh kerajaan zalim DAP.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu