Thursday, December 1, 2011

Betul ke Dalam Diam Cukai Tanah/Taksiran di Selangor dah Meningkat ?

Ada informasi terkini mengatakan cukai taksiran di Selangor telah meningkat dengan agak banyak juga lah . Berikut ada satu email yang telah di'forward' kepada saya . Email ini ditujukan kepada YB Hanna Yeoh , MP Subang Jaya untuk kepastian peningkatan sebanyak 54% hasil cukai taksiran . Sebelum ini pengadu hanya perlu membayar RM68 tetapi sekarang jumlah yang perlu dibayar ialah RM105 !



Saya juga mendapat maklumat terdapat kes di Dengkil di mana cukai yang perlu dibayar ialah RM 359 berbanding RM 98. Perkara ini telah dimajukan pada MP Sepang , dan beliau hanya mencadangkan supaya pengadu menghantar surat bantahan.

Semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di Selangor, Harakahdaily.net telah menghentam kerajaan BN Selangor pimpinan Khir Toyo apabila Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengumumkan kenaikan 10% cukai tanah berkuatkuasa tahun 2006.  Namun sekarang kenaikan yang dilihat adalah lebih dari 10% (sekiranya aduan di atas benar) dan adakah Harakahdaily.net akan memberi respon yang sama mereka berikan pada tahun 2005 dahulu? Rujuk sini 

Kerajaan Selangor memberikan air percuma sebanyak 20liter (hanya utk meter individu) .

"Golongan yang dapat itu hanyalah yang memiliki meter individu sahaja. Mereka yang tidak guna meter individu, contohnya rumah pangsa kos rendah, rata-rata mereka golongan mereka berpendapatan rendah yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati sepenuhnya pemberian subsidi air ini jika dibandingkan dengan yang memiliki meter sendiri."

Selanjutnya di sini

dan sekiranya maklumat di atas adalah benar, kerajaan negeri Selangor bijak mengembalikan semula sumber kewangan mereka yang hilang akibat air percuma dengan menaikkan pula cukai tanah pada kadar yang agak tinggi. Inilah kerajaan berkebajikan Pakatan Rakyat di Selangor . Terima kasih Tan Sri Khalid Ibrahim (sekadar mengulang kembali apa yang ditulis oleh Harakahdaily.Net pada tahun 2005)

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu