Thursday, November 17, 2011

Batu Api Lim Guan Eng Tak Menjadi

Hari ini dalam kenyataan akhbar , Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menyalahkan UMNO atas keputusan Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding semasa PRU13.  Guan Eng mengatakan tindakan Tsu Koon adalah disebabkan desakan oleh UMNO . Jelas sekali tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang ini adalah untuk melaga-laga kan UMNO dan Gerakan. Berikut adalah petikan berita dari media portal pro pembangkan Malaysian Insider.


Pada mesyuarat agung parti Gerakan beberapa bulan lepas, terdapat desas desus di kalangan ahli2 parti Gerakan untuk melihat Koh Tsu Koon meletak jawatan. Hal ini dimenifestasikan dalam ucapan ketua wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.


Juga pada tahun 2010 , bekas presiden parti Gerakan , Dr. Lim Keng Yaik berundur dari parti Gerakan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi Koh sebagai presiden Gerakan.


Kita dapati , desakan2 pengunduran Koh Tsu Koon datang dari parti Gerakan itu sendiri. Dato' Sri Najib sebaliknya sebagai pemimpin UMNO telah melantik Koh menjadi Menteri dalam kabinet , iaitu Menteri KPI yang meneliti prestasi menteri2 kabinet yang lain. Koh dilantik menjadi Menteri dalam kabinet walaupun tewas dalam pilihanraya. Koh juga dilantik menjadi pengerusi PEMANDU yang berperanan penting dalam mempengaruhi keputusan kerajaan. Jelas sekali PM kita memandang tinggi dengan credibility Koh . 

Jadi, sukar untuk difahami kenapa Lim Guan Eng mengatakan keputusan Koh untuk tidak bertanding dalam PRU13 sebenarnya adalah atas desakan UMNO ? 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu