Monday, November 14, 2011

Bandar Radioaktif Kuantan diiktiraf "Liveable Communities" ?

Di sebalik propaganda Fuziah yang di war-war kan kepada orang ramai mengenai bahaya kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan . Adalah agak mengejutkan apabila Kuantan mendapat tempat ketiga dalam The International Awards for Liveable Communities di bawah kategori populasi 150,001 - 400,000 . Sumber http://www.livcomawards.com/2011-awards/winners.htm


Sedikit pandangan saya berkenaan isu Lynas ini ,sebenarnya soal bahaya atau tidak bergantung kepada kecekapan manusia mengendalikan , risiko tetap ada , yg penting how to manage the risk . banyak chemical2 plant kat malaysia ni kalau ada kesilapan dalam operasi boleh mengakibatkan satu malapetaka yang besar ... , sekadar menyebut beberapa petrochemical plant, ABF (Bintulu), PFKSB (Gurun), Titan (Pasir Gudang) .. , plant2 ni kalau ada kecuaian atau lepas pandang dalam pengendalian akan belaku macam Jilin chemical plant ,2005 dekat China.

"The blasts created an 80 km long toxic slick in the Songhua River, a tributary of the Amur. The slick, predominantly made up of benzene and nitrobenzene, passed through the Amur River over subsequent weeks."

Walaupun begitu, pembinaan petrochemical plant sebegini adalah perlu utk pembangunan ekonomi . mungkin terdapat lebih banyak bangkangan dalam isu Lynas kerana melibatkan sisa2 radioaktif. Mungkin juga kerana nostalgia kilang Mitsubishi di Bukit Merah, Perak.

Kilang Mitsubishi di Bukit Merah, Perak memproses nadir bumi yang diperoleh dari amang/tahi bijih (yang mengandungi tanah jarang) yang sumbernya memang banyak terdapat di negeri Perak yang terkenal dengan perlombongan bijih timah.

Apa yang membezakan sumber nadir bumi  untuk kilang Mitsubishi di Perak dan sumber nadir bumi untuk Lynas ialah komposisi Thorium dalam amang/tahi bijih (yang ada sumber tanah jarang) terlalu tinggi iaitu 12,000 part to 10,000 . Manakala sumber tanah jarang dari Lynas ialah dari Mt. Weld, Australia iaitu komposisi Thorium 55 part to 10,000 . Secara ratio (nisbah) , Bukit Merah 1.2 , Mt. Weld 0.0055 .

Dengan mengambil nisbah ini, sekiranya sisa terkumpul buangan Thorium dari Bukit Merah mencapai tahap bahaya dalam masa 1 tahun , sisa terkumpul buangan Thorium dari Mt. Weld pula mencapai tahap bahaya dalam masa 182 tahun . Itu pun dengan menganggap kadar pengeluaran sama .

Contoh, sekiranya amang dari Bt. Merah diproses untuk menghasilkan 22,000 tonne hasil proses dalam masa setahun . Sisa Thorium adalah 26,400 tonne setahun . Berbanding tanah jarang dari Mt. Weld sekiranya diproses untuk menghasilkan 22,000 tonne hasil setahun , sisa Thorium adalah 121 tonne setahun, Jadi perbezaannya adalah sehingga 182 tahun.

Jurnal "Health Effects of a Thorium Waste Disposal Site" , boleh dilawati pada laman web berikut, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1404565/pdf/amjph00217-0084.pdf , boleh rujuk analisa ujikaji dengan kumpulan yang terdedah dgn kumpulan tak terdedah. Data2 juga diberikan . Hasil kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan antara kumpulan yang terdedah dan tak terdedah .. sila rujuk Table 2 and 3

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu