Thursday, November 10, 2011

Bajet Selangor 2012 : Wow !!! Geran RM15 juta orang ramai yang 'report' kejadian rasuah

Ulasan untuk Bajet Selangor 2012 aku peroleh dengan mencedok sana sini dari media2 PR . Walau bagaimanapun detail untuk bajet tak dikeluarkan lagi, jadi tak boleh nak komen lebih2 . Gua tak nak jadi blogger kantoi macam Milosuam.

Dalam pembentangan bajet Selangor , jumlah bajet yang diberitakan adalah RM1.6 billion . Jumlah hasil kutipan kerajaan Selangor pada tahun 2010 ialah RM 1.5715 billion . Maksudnya bajet melebihi sebanyak RM 28.5 juta berbanding hasil kutipan 2010.

Antara peruntukan2 di dalam bajet negeri Selangor 2012  (dgn hanya berpandukan data pada 9 Nov. 2011) adalah seperti berikut :-


*Basmi kemiskinan (RM2 juta)
*Pembangunan petani,nelayan dan penternak(RM2.2 juta)
*Kebajikan golongan petani, nelayan dan penternak (RM500,000)
*Pembangunan pekerja ladang (RM300,000)
*Produk pelancongan seperti kraftangan (RM4.7 juta)
*Industri kampung (RM2 juta)

*Geran laporan rasuah (RM15 juta)
(jangan sampai sebab nak duit orang buat tuduhan tak berasas, lagi satu kalau yang dilaporkan tu terdiri daripada ahli majlis macam Ronnie Liu tu , dapat duit jugak ke ? tak pun dapat pelempang? keh keh keh)


*Pembangunan sosial (RM4 juta)

*CCTV (RM4 juta)
(kena letak sebijik kat pejabat MB , keh keh keh .... )


*Pembangunan perpustakaan di Klang & Tg.Karang (RM1 juta)
*Baikpulih dewan orang ramai (RM500,000)
*Program peningkatan kualiti hidup rakyat (RM5 juta)
*Penggerak pembangunan luar bandar (RM22 juta)

*Elaun anak ke nurseri (RM3 juta)
(untuk ibu bapa yang gajinya bawah RM1,500 ? sekiranya ya adakah golongan yang berpendapatan bawah RM1,500 akan menghantar anak2 mereka ke nurseri ? )

*Tabung Warisan Anak Selangor (RM7.5 juta)

*Hadiah Anak Masuk Universiti (RM7.7 juta)
(pendapatan ibu bapa dibawah RM1,500 layak memohon, anak2 kakitangan awam Selangor bakal terlepas kemudahan ini, maklum la gaji mak bapak paling kurang mesti RM1,500)

*Skim Mesra Usia Emas (RM20.7 juta) 
 (khariat kematian sebanyak RM2,500 yang akan diterima pewaris ..hmm , patut tukar je nama skim khariat kematian takde la orang2 tua ni confuse )

*Pusat khidmat sehenti (RM50,000)
*Skim Kesihatan Wanita (RM1 juta)
*Pemberian air secara percuma utk 20m3 pertama
*Bonus setengah bulan gaji min. RM500

*Peruntukan latihan (RM500juta)
(antaranya melatih cybertrooper lerr.. keh keh keh, gambar di bawah hanyalah sebagai hiasan saja)

cerita lanjut di TheUnspinners


*Gaji minima RM1500 dibawah geran Selangorku (RM300 juta)
*Tambahan untuk syarikat kerajaan negeri yang prestasi kewangan tak stabil utk program gaji minima RM1500 (RM10 juta)

Jadi adakah anda mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang mendapat bahagian dari geran RM15 juta untuk melaporkan rasuah ? Kalau berminat , sila tumpukan pencarian anda pada perkataan2 yang telah aku 'bold' kan di atas . Macam2 orang boleh pusing untuk dapat duit cara mudah .. keh keh keh .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu