Thursday, December 1, 2011

Apakah Hak Asasi Majoriti Rakyat tidak penting bagi Majlis Peguam dan Pakatan Pembangkang?

Matlamat Akta Perhimpunan Awam 2011 adalah seperti berikut ;


Seseorang dianggap melakukan kesalahan apabila ;


Orang ramai yang merasakan akan mendapat impak negatif dari perhimpunan yang bakal dijalankan  boleh membuat bantahan 


Berikut adalah tanggungjawab peserta perhimpunan aman


Perkara2 yang dibantah oleh Majlis Peguam dan Pakatan Pembangkang ialah ;

i. seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan

ii. Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.

iii. Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan

iv. Ketua Polis Daerah diberi kuasa mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Polis juga berkuasa untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.

Sumber 

Jelas sekali akta yang diperkenalkan adalah amat mudah difahami dan demi melindungi kepentingan orang ramai. Agak menghairankan kenapa Majlis Peguam dan Pakatan Pembangkang tidak bersetuju dengan akta yang diperkenalkan itu.  Timbul persoalan berikut ;

i. Kenapa perhimpunan aman ini tidak dilakukan di kawasan tertutup sebaliknya berhampiranatempat2 awam yang seterusnya akan menganggu aktiviti2 yang di jalankan. Tempat2 larangan adalah seperti berikut :-

Bukankah dengan mengadakan perhimpunan2 berhampiran tempat2 di atas akan menjejaskan aktiviti yang dijalan dan menjejaskan hak asasi orang ramai di sekitarnya ?

ii. Dan kenapa pula kanak2 perlu di libatkan dalam perhimpunan2 sebegini ? Menurut kajian kebanyakkan perhimpunan aman akan bertukar menjadi agresif , apakah keselamatan kanak2 mahu diperjudi kan? Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku , tentu sekali lagi jari ditunding pada kerajaan.

iii. Kenapa perhimpunan2 awam berkaitan hal ehwal negara perlu campur tangan warga2 asing? Apakah motif untuk membenarkaan campur tangan warganegara asing dalam sesebuah perhimpunan ialah untuk memburuk-burukkan negara di mata dunia?

iv. Kenapa mempertikaikan tanggungjawab polis dalam mengawal pergerakkan sesebuah perhimpunan. Sekiranya perhimpunan tidak terkawal, menyebabkan kecederaan atau kematian dikalangan peserta perhimpunan tentu sekali polis di persalahkan. Adakah penganjur perhimpunan dapat menjamin peserta2 perhimpunan tidak terbawa oleh emosi mereka ?

Perhimpunan2 haram samada dari pihak pembangkang atau pro kerajaaan seharusnya tidak berlaku kerana hal2 sebegini hanya menggaangu kepentingan orang ramai dalam menjalankaan aktiviti seharian mereka.  Janganlah hanya kerana nak menjaga hak asasi segelintir manusia , hak asasi yang majoriti di abaikan.

1 comments:


arrayah.info
- Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu