Wednesday, November 23, 2011

Air mentah yang tak dirawat punca E-Coli di Kelantan ?

Gambar dibawah menunjukkan kitaran proses rawatan air untuk kegunaan domestik.  Kitaran proses rawatan  air melalui 5 peringkat iaitu 'coagulation' /pengumpulan  , 'sedimentation' /pemendapan , 'filtration' /penapisan , 'disinfection' /pembasmian kuman dan 'storage' /penyimpanan.


Berikut adalah jumlah loji rawatan air di beberapa negeri di Malaysia ;


Dari jadual di atas , sumber asal 

Kelantan  mempunyai 32 buah loji rawatan air, dengan jumlah keseluruhan keluaran pada 2010 adalah sebanyak 377 MLD (Million Liter per Day )

Perlis  mempunyai 4 buah loji rawatan air, dengan jumlah keseluruhan keluaran pada 2010 adalah sebanyak 147 MLD 

Pahang  mempunyai 76 buah loji rawatan air, dengan jumlah keseluruhan keluaran pada 2010 adalah sebanyak 966 MLD 

Johor mempunyai 42 buah loji rawatan air, dengan jumlah keseluruhan keluaran pada 2010 adalah sebanyak 1476 MLD 

Jadual di bawah ialah penggunaan air domestik dan non domestik untuk setiap negeri di Malaysia


Jadual di bawah pula taburan penduduk di negeri2 di Malaysia , sumber asal


Jumlah penduduk di Kelantan ialah 1,459,994 oleh itu penggunaan air yang diproses untuk seorang penduduk setelah menolak jumlah penggunaan air untuk kegunaan bukan domestik (industri/komersial) ialah ;

(377 - 55 ) MLD / 1.46M = 220L seorang

Jumlah penduduk di Perlis ialah 227,025 oleh itu penggunaan air yang diproses untuk seorang penduduk setelah menolak jumlah penggunaan air untuk kegunaan bukan domestik (industri/komersial) ialah ;

(147 - 9 ) MLD / 0.22M = 627L seorang

Jumlah penduduk di Pahang ialah 1,443,365 oleh itu penggunaan air yang diproses untuk seorang penduduk setelah menolak jumlah penggunaan air untuk kegunaan bukan domestik (industri/komersial) ialah ;

(966 - 113 ) MLD / 1.44M = 592L seorang

Jumlah penduduk di Johor ialah 3,233,434 oleh itu penggunaan air yang diproses untuk seorang penduduk setelah menolak jumlah penggunaan air untuk kegunaan bukan domestik (industri/komersial) ialah ;

(1476 - 306 ) MLD / 3.23M = 362L seorang

Jadual di bawah adalah purata penggunaan air , sumber asal . Data yang diperoleh adalah dari kajian Malaysian Nature Society Selangor Branch (In Partnership with Stakeholders, NGOs and Professional) dan diserahkan pada YB Elizebeth Wong sbg Exco for Tourism, Consumer Affairs and Environment kerajaan Selangor. 

Dari jadual di atas (dengan menganggap trend penggunaan air rakyat Malaysia di semua negeri adalah sama) , purata penggunaan domestik untuk seorang penduduk ialah 226 liter . Loji rawatan air di Kelantan pula  pada tahap kecekapan 100% (tiada kerosakan,kebocoran, paip pecah dan lain2 masalah teknikal) hanya mampu untuk membekalkan purata 220 liter sehari pada seorang penduduk , kurang 6 liter dari jumlah purata 226 liter yang diperlukan. Pengiraan di atas hanyalah dalam erti kata teori semata-mata , sekiranya senario sebenar di ambil kira jumlah yang mampu dibekalkan oleh loji2 ini adalah lebih rendah ! Dan untuk kes di Kelantan apabila keperluan air yang dirawat tidak sampai atau tidak mencukupi untuk kegunaan seharian maka penduduk terpaksa menggunakan alternatif dari sumber air yang lain contohnya air sungai dan perigi. Air sungai dan perigi yang diambil oleh penduduk terus dari sumber tidak melalui kitaran proses rawatan air. Oleh yang demikian peratusan kehadiran bakteria E-Coli adalah lebih tinggi. Petikan sumber Utusan 20 Nov 2011 

'Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus)'

Oleh itu adalah tidak mustahil air yang tercemar ini bercampur dengan air yang dirawat untuk kegunaan seharian penduduk. Apabila bercampur air yang dirawat tadi turut tercemar dengan bakteria E Coli dan akhirnya memberi kemudaratan pada pengguna. Petikan sumber Utusan 20 Nov 2011 

'Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.'

Akhir sekali tidak timbul soal negeri2 (selain Kelantan) yang dinyatakan dalam artikel ini juga mempunyai kandungan bakteria E-Coli di dalam air yang dirawat. Ini kerana untuk kes di Kelantan sumber bakteria E-Coli itu sendiri berpunca dari kelemahan kerajaan negeri untuk membekalkan secukupnya kepada penduduk dengan air yang dirawat menyebabkan penduduk terpaksa mencari sendiri sumber air mentah yang tak dirawat. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu