Saturday, September 24, 2011

Hudud 2.0

1. DAP secara jelas menyatakan TIDAK kepada sebuah negara berlandaskan hukum hakan Islam . Ini berasaskan rujukan dari portal media pro pembangkang Malaysian Insider.

2. Anwar Ibrahim secara peribadi menyatakan beliau bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, ini adalah berasaskan rujukan The Star Online

3. Perlu kita ingat, Anwar Ibrahim juga pernah berkata dalam temuramah BBC kes murtad Lina Joy adalah hak perbadi induvidu, tidak pula beliau membangkitkan soal hudud disini.



4. Husam Musa juga pernah berkata , PAS akan melaksanakan hudud sebaik sahaja mengambil alih kerajaan  setelah dicabar oleh Khairy Jamaluddin. Walau bagaimanapun, Husam tersentak bila di Lim Guan Eng mengatakan perlaksanaan hudud bukanlah salah satu polisi Pakatan Rakyat. Sila rujuk media pro pembangkan di Malaysian Insider berkenaan pernyataan ini.

5. Jelas di sini , hala tuju PAS dan DAP tidak sama . Satu ke utara dan satu ke selatan tetapi masing2 tetap bergabung untuk menubuhkan kerajaan. PKR hanya bertindak sebagai orang tengah untuk mendapat keuntungan dari kedua-dua parti. Peranan PKR hanya meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak tanpa ada penyelesaian yang konkrit. Persahabatan dalam Pakatan Rakyat hanya untuk meraih keuntungan politik saja. Keadaan akan menjadi kucar-kacir, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya di bentuk.




6. Puak-puak PAS percaya pemimpin2 mereka dapat mempengaruhi pemimpin2 DAP untuk menerima pelaksanaan hudud . Puak-puak DAP pula percaya pemimpin2 mereka dapat mempengaruhi pemimpin2 PAS untuk TIDAK melaksanakan hudud. Proses pujuk-memujuk sesama sendiri akan berlarutan dan mungkin tiada penghujungnya...hukum hudud tinggal hukum saja , DAP pasti tersenyum lebar kerana sebenarnya mereka yang menang dalam proses pujuk memujuk itu yang tak nampak hujungnya ...

7. Ada pun 60% penduduk Malaysia adalah berstatus bumiputera 40% lagi non-bumi . Dalam jumlah 60% bumiputera ini ada lagi di kalangan pribumi Sabah , Sarawak , Siam , orang asli yang bukan beragama Islam. Katakan golongan bumiputera yang bukan beragama Islam ini merangkumi 5% . Oleh itu jumlah bumiputera yang beragama Islam ialah 55% dan jumlah bukan Islam 45% iaitu hampir separuh. Apabila hendak melaksanakan hukum hudud reaksi penduduk yang bukan beragama Islam di negara ini juga harus diambil kira. Kerajaan sekarang dibentuk dengan perkongsian kuasa diantara kaum2 lain yg ada kalangannya bukan beragama Islam. Pihak pembangkang juga sekiranya menubuhkan kerajaan adalah berasaskan semangat perkongsian kuasa ini. Sekiranya terdapat golongan yang mahu mendahului yang lain pasti perpecahan akan berlaku , dan kerajaan yang ditubuhkan sebelum ini akan runtuh.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu