Wednesday, September 14, 2011

GST hanya ganti cukai barangan dan perkhidmatan yg lebih tinggi kadarnya

PM Najib semalam mengumumkan GST mungkin akan diimplementasi selepas PRU13. Seperti biasa tanpa membuang masa, geng-geng PR mula memainkan isu, al maklumlah hal2 berkenaan dengan cukai ni cukup sensitif dengan rakyat. Bagi mereka yang rasional seperti biasa sebelum nak naik angin, kita selidik dulu tentang GST.

GST ni adalah singkatan dari Good Service Tax , iaitu cukai untuk barangan dan perkhidmatan. Ehh.. bukan ke cukai untuk barangan dan perkhidmatan memang dah sedia ada ? Kadar sekarang untuk cukai barangan dan perkhidmatan adalah antara 5% hingga 10%. Hmm habis tu buat apa nak GST 4% lagi? Jawapannya ialah GST akan mengantikan cukai barangan dan perkhidmatan yang dah sedia ada. Kalau dulu pengguna perlu bayar antara 5% hingga 10% untuk cukai barangan dan perkhidmatan, bila GST di implemntasi, pengguna cuma perlu bayar 4% ja . Hmm .. masih tak faham lagi? Ok contoh mudah bila kita menjamu selera di KFC , kalau dibelek resit tu, dia ada tulis government tax 5% . Kalau GST di laksana , government tax adalah 4% . Jadi pengguna bayar lebih ke atau kurang?



Kerajaan melaksanakan GST utk menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. Adakah harga barang akan naik? Kalau lihat dari segi logiknya, pengguna hanya perlu bayar cukai 4% je berbanding 5% untuk servis dan 10% untuk barangan. Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah apabila GST dilaksanakan cukai ke atas  produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam dikecualikan . Selain itu kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. 





Secara peribadi, sekiranya GST dilaksanakan selepas PRU 13, aku sebagai rakyat biasa mengharapkan kerajaan dapat mengekalkan kadar GST pada sekitar 4% untuk tahun2 yang mendatang.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu