Tuesday, August 9, 2011

Vietnam Beli 6 Kapal Selam USD2 Billion berbanding RM6.7 Billion untuk 2 Kapal Selam Malaysia ?

1. Baru-baru ini Vietnam telah membeli 6 kapal selam (jenis diesel elektrik) pada harga USD2 billion dari Rusia. Suara-suara sumbang dari penyokong Pakatan Pembangkang mula membandingkan dgn 2 kapal selam Scorpene yang dibeli Malaysia pada harga RM6.7 billion.  Dengan mengganggap tukaran matawang USD berbanding MYR pada 3.1 , Malaysia sepatutnya boleh membeli 6 buah kapal selam dari Rusia berbanding 2 buah dari Peranchis.



2. Vietnam pernah ada pengalaman dalam mengendalikan sub-marine manakala Malaysia bermula dengan 0.  Pada tahun 1997, Vietnam pernah membeli dari Korea Utara "Salmon Class" mini submarine. Dari situ, asas dalam mengendalikan, tempat latihan, kemudahan2 dan perkhidmatan sokongan telah tersedia.



Mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk kapal selam yg baru ini. Kos Malaysia dalam pembelian kapal selam Scorpene adalah termasuk dengan pakej latihan, sub facilities, ILS (Instrument Landing System) dan jetty. Rujukan kita bergantung sepenuhnya pada input yang diberi oleh French/Spain.



3. Ukuran standard submarine dari China/Russia kepada standard submarine dari Europe juga berbeza yang menyebabkan harga menjadi lebih mahal.Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene ialah 'senyap' (tak mudah dikesan musuh) berbanding submarine buatan China/Russia. Analogi mudah ialah perbandingan antara barangan buatan China dan buatan Eropah. Barangan murah mempunyai kualiti yang murah.

4. Semasa dalam proses pembelian kapal selam, Malaysia semestinya telah menilai beberapa calon termasuk dari negara seperti German dan Russian. Apa yang difahamkan Malaysia berminat untuk mengambil submarine tercanggih dari German iaitu U212, U214 , tetapi German tak berminat untuk menjual model tersebut dan hanya menawarkan U209.  Untuk kapal selam dari Russia pula , selepas trajedi kursk berlaku (K-141 Kursk : Sank 12 August 2000 with 118 hands in 100 m of water in Barents Sea), banyak kapal selam tersadai tanpa penyelengaraan.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu