Friday, August 12, 2011

Kisah Kuil , Surau dan Gereja di Selangor

1. Satu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kisah seorang lelaki India yg membakar diri dalam menunjukkan protes terhadap pihak berkuasa tempatan  MPSJ untuk merobohkan sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong (Nov 2010).



2. Pada bulan Dec 2010 , Surau Al Hidayah di Kampung Melayu Pekan Rawang mahu dirobohkan dan mendapat bantahan penduduk.



3. PKR yang memerintah Selangor mengatakan kedua-dua kes di atas adalah disebabkan isu perundangan dan hak pemilikan tanah. Dalam erti kata yang lain mereka hanya mengikut peruntukan undang-undang.

4. Baru-baru ini, dalam blog Papagomo , mengatakan bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).



5.Dari Star Online "Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan. “Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,”Sumber Mstar Online "

6. Apa yang menarik ialah perancangan untuk menyita gereja oleh MBPJ kemudian secara pantas dinafikan pihak berkuasa tempatan berkenaan. Walaupun jelas kesalahan telah dilakukan, nampaknya seperti tiada apa apa tindakan diambil.

7. Sekarang apa yg ingin dipersoalkan ialah , sekiranya kerajaan Selangor di bawah pimpinan Al Khalidul Gagapi mengikut peruntukan undang-undang untuk merobohkan kuil di Pusat Bandar Puchong dan surau di  Kampung Melayu Pekan Rawang , kenapa mereka tidak mengikut peruntukan undang-undang bagi kes Damansara Utama Methodist Church ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu