Sunday, August 14, 2011

Beza rusuhan dan demonstrasi ?



1. Mereka yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan bangganya mengatakan 'Demonstrasi' dan 'Rusuhan' adalah dua perkara yang berbeza . Berdasarkan perbezaan definisi ini, mereka mengatakan rusuhan yang berlaku di London tidak boleh dikaitkan dengan demonstrasi Bersih d Malaysia.

2. Rusuhan ialah tindakan amok yang dilakukan sekumpulan manusia dengan melakukan kerosakan didorong oleh rasa ketidakpuasan hati dalam sesuatu perkara.

3. Demonstrasi atau tunjuk perasaan adalah bantahan secara teratur oleh sekumpulan manusia yang dikepalai organisasi atau pemimpin tertentu juga dalam menyatakan ketidakpuasan hati dalam seseuatu perkara.

4. Oleh yang demikian, persamaan antara rusuhan dan demonstrasi ialah perhimpunan sekumpulan manusia dalam mengekpresikan ketidakpuasan hati dalam sesuatu perkara. Rusuhan tidak akan berlaku secara tiba2 ia adalah secara berperingkat .

5. Peringkat-peringkat dalam tercetusnya rusuhan (yang boleh dikaitkan dengan demonstrasi) ialah :-

i. Menyebarkan berita dan propaganda untuk menimbulkan rasa kebencian dan marah orang ramai.

ii. Pihak2 yang berkepentingan akan menetapkan tarikh untuk orang ramai berkumpul untuk menunjukkan bantahan.

iii. Bantahan biasanya dibuat di jalanan untuk menunjukkan kekuatan sokongan dan dipantau oleh polis2 anti rusuhan.

iv. Dalam proses bantahan, mereka yang menyertai demonstrasi biasanya akan memekakkan telinga dengan arahan2 polis , misalnya arahan untuk bersurai atau arahan untuk cuma berada dalam kawasan/lingkungan khas bagi menunjukkan bantahan.

v. Apabila ada provokasi secara berlebih-lebihan biasanya bermula dari peserta demonstrasi ,maka akan berlakulah rusuhan.

6. Secara metafora , sekumpulan manusia (dalam keadaan marah atau tidak berpuashati dalam sesuatu isu) yg berkumpul dalam menyampaikan bantahan boleh diumpamakan seperti petrol (bahan bakar) . Pencetus kebakaran (sumber api) boleh berada dimana mana sahaja lebih-lebih lagi di tempat yang terbuka. Pencetus boleh jadi di kalangan mereka yang berdemonstrasi, polis malah orang ramai yg hanya lalu lalang di tempat berlakunya demonstrasi . Hanya memerlukan seorang utk memulakan provokasi misalnya bermula dgn membakar tong sampah. Tindakan ini akan menaikkan lagi semangat yang lain untuk melakukan kerosakan yang lebih besar.

7. Contoh paling dekat ialah kejadian yang berlaku semasa peristiwa DSAI di tahan pada tahun 1998 ,pada mulanya perhimpunan berlaku secara aman dan ramai yg berada dalam keadaan marah , pencetus rusuhan semasa itu ialah apabila DSAI ditahan oleh polis . Harta benda awam mula di rosakkan . Satu lagi contoh ialah semasa perhimpunan Hindraf , apabila cuba dileraikan polis terdapat segelintir dari mereka ini cuba mencetuskan rusuhan dgn merosakkan harta benda awam.

8. Beradasarkan gambarajah Venn di atas ;

i. Rusuhan = Rasa tak puas hati/marah + Pencetus + Perhimpunan sekumpulan manusia
ii. Demonstrasi = Rasa tak puas hati/marah + Perhimpunan sekumpulan manusia
iii. Berleter/Mengomel sendirian = Rasa tak puas hati/marah + Pencetus
iv. Konsert/Perarakan Maulid Nabi/Perarakan Kemerdekaan =  Perhimpunan sekumpulan manusia + Pencetus

*Pencetus ialah tindakan seseorang individu yang menimbulkan reaksi2 tertentu dari individu atau kumpulan yg lain

9. Seorang timbalan menteri yg condong menyokong tindakan perhimpunan2 haram sebegini dengan sinis mengatakan tak perlulah mengadakan perarakan maulidur rasul, hari kebangsaan dan acara2 seumpamanya. Kata-kata sinikal sebegini sebenarnya menunjukkan kedangkalan pemikiran timbalan menteri berkenaan dalam menakrifkan dan membezakan demonstrasi dgn perhimpunan2 aman yang lain. Di atas telah saya huraikan demonstrasi dilakukan atas ketidakpuasan hati , adakah berlaku ketidakpuasan hati semasa perarakan maulidur rasul dan sambutan hari merdeka? keh keh keh ... cakap macam pandai tapi otak dangkal..

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu