Wednesday, August 31, 2011

Antara Komunis, 'Barua' Penjajah & Panglima Cangkul

1. Ucapan Mat Sabu dalam satu ceramahnya mengatakan pejuang kemerdekaan sebenar adalah komunis yang menyerang Bukit Kepong, dan komunis yang menyerang Bukit Kepong adalah orang Melayu iaitu Mat Indera. Ucapan ini dibuat pada 21 Ogos 2011 di Pulau Pinang.

2. Sedikit latar belakang Parti Komunis Malaya :-



i. Ditubuhkan pada tahun 1930 di tanah Melayu untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan membentuk Republik Komunis
ii. Membentuk Malayan People Anti Japanese Army semasa penaklukan Jepun
iii. Bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun (opportunist)
iv. Mendapat sokongan daripada majoriti kaum Cina
v. Ambil alih kuasa selepas Jepun menyerah kalah dan mengambil peluang membalas dendam pada mereka yang disyaki membantu Jepun.
vi. Pencetus pergaduhan antara kaum, mendapat tentangan orang Melayu (contoh kisah Panglima Saleh Salempang Merah)

3. Pengaruh komunis gagal dikembangkan apabila British kembali ke Tanah Melayu. Cubaan untuk mengembangkan komunis di kalangan orang Melayu bermula dengan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang dikuasai oleh sebilangan ahli jawatankuasa yang menyertai Parti Komunis Malaya.

4. Apabila ditekan oleh pihak British dengan pelbagai cara, komunis mula mengangkat senjata dan melakukan beberapa siri sabotaj.

5. Komunis menyerang Bukit Kepong pada Februari 1950, penduduk kampung yang berdekatan juga datang untuk membantu anggota-anggota polis yang diserang, jelas menunjukkan perjuangan komunis pada masa itu tidak disokong oleh rakyat.  Mat Sabu dalam ucapannya mengatakan

“…..Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong….”

6. Tak dinafikan pegawai-pegawai polis di Bukit Kepong itu berkhidmat dengan British, sekiranya mengikut akal pemikir-pemikir yang menyokong ucapan Mat Sabu, orang-orang Melayu pada zaman itu tidak sepatutnya bekerja dengan British iaitu penjajah , mereka seharusnya kekal dengan kerja2 kampung iaitu bercucuk tanam, bersawah padi, menoreh getah, membela ayam itik dan seangkatan dengannya .

7. Sekiranya orang-orang Melayu kekal di takuk itu, adakah proses pemindahan pengetahuan dalam bidang2 perundangan, perubatan, keselamatan dan pentadbiran akan berlaku? Malah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, MPAJA di bawah pengaruh PKM mendapat latihan dan senjata dari British. Semua ini adalah berkaitan dengan 'survival'.

8. Perlu disedari, komunis Bintang Tiga ingin memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu mengikut acuan mereka sendiri , jauh bertentangan dengan norma2 orang Melayu yg pada ketika itu berpegang kuat pada ajaran agama Islam.

9. Pegawai-pegawai polis yang bertugas mengawal Bukit Kepong walau dikatakan bekerja dengan penjajah, di satu sudut lain mereka juga boleh dikatakan berjuang mempertahankan tahan air melalui sumber yang diberikan oleh British (sama seperti kes MPAJA mendapat latihan British) dari anasir2 luar yang fahamannya bertentangan dgn apa yang diamalkan selama ini.

10. Sekiranya orang2 Melayu ini tidak menjadi polis kepada pemerintah British, tentera kepada pemerintah British , dan seangkatan dengannya . Adakah cangkul, parang dan sabit dijadikan senjata untuk mempertahankan diri, keluargan dan tanah air apabila berlaku peperangan ? dan hanya mengharapkan belas ehsan penjajah untuk mempertahankan tanah air ? Adakah penjajah2 ini peduli ? Kesimpulannya, dalam sumber yang terhad , polis2 dan tentera2 Melayu pada masa itu terpaksa menjadi 'barua' British untuk mempertahankan negara menghadapi musuh dgn kelengkapan yang cukup ,sekurang-kurangnya lebih baik dari hanya memegang parang atau cangkul...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu