Monday, July 25, 2011

Proses Pengundian : Penggunaan Sistem Biometrik Berbanding Dakwat Kekal

1. Antara tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya . Walau bagaimanapun, kerajaan telah menawarkan teknologi Biometrik yang lebih berkesan dan telus.

2. Ramai penyokong2 Pakatan Rakyat yg tak memahami konsep Biometrik ini secara membuta tuli meragui keberkesanan kaedah ini. Antara komen yang tak boleh aku lupa ialah duplikasi pengundi dapat dilakukan menggunakan sistem Biometrik ini.

3. Biometrik adalah kaedah untuk mengklasifikasikan individu tertentu melalui ciri-ciri unik yang ada pada tubuh badan individu berkenaan. Ciri2 unik yg biasa digunakan adalah cap jari dan corak iris mata.

4. Apabila SPR menggunakan sistem biometrik untuk mendaftarkan para pengundi baru, ciri-ciri unik yang dinyatakan diatas (cap jari dan iris mata) akan dipadankan dgn maklumat individu dalam kad pengenalan individu terbabit dan disimpan dalam pangkalan data (database)  SPR .



5. Perlu diingatkan, rekod cap jari di kad pengenalan juga akan di padankan dgn cap jari individu yg mahu mendaftar tadi. Sekiranya tak sama, pendaftaran tak boleh diteruskan. Oleh yang demikian tidak timbul soal satu pengundi mempunyai lebih dari satu indentiti kerana dalam database SPR pengundi yg mempunyai cap jari atau iris mata dgn corak tertentu hanya dimiliki oleh seorang pemilik IC sahaja.

6. Semasa proses hari mengundi, pengundi masih perlu membawa kad pengenalan utk proses pengesahan SPR , iaitu cap jari pengundi dan IC pengundi sama seperti apa yg telah direkodkan dalam database SPR.

7. Penggunaan dakwat kekal walau murah dan mudah, masih boleh dimanipulasi . Konsep penggunaan dakwat kekal ialah apabila ada kesan dakwat pada jari , individu sudah dianggap mengundi . Senario seperti ini sangat mudah untuk dimanipulasi dan dipertikaikan penggunaan .

Kebarangkalian alasan2 yg timbul sekiranya Pakatan Rakyat masih kalah jika dakwat kekal di gunakan ialah:-

7.i . Dakwat yang digunakan penyokong BN adalah dari jenis mudah tanggal, ada keberangkalian utk mengundi kali kedua

7.ii. Penyokong2 pembangkan ditipu/diugut supaya jari mereka ditandakan utk mengundi walaupun mereka belum lagi mengundi.

7.iii. Dakwat tak cukup utk sesetengah tempat mengundi, jadi ada pengundi yg tak ditandakan

8. Kerajaan telah memberikan pilihan yg lebih baik dari apa yg dituntut  oleh Pakatan Rakyat jadi tuntutan menggunakan dakwat kekal hanyalah helah semata mata. Dari segi kos mungkin sistem biometrik adalah lebih mahal pada permulaan, tapi kos hanyalah utk peringkat awal sahaja . Katakan  RM2 juta diperlukan utk sistem biometrik dan RM 1 juta utk dakwat kekal pada PRU 13 , kemudian pada PRU 14 perlu lagi RM 1 juta untuk dakwat... dan utk sistem biometrik RM 0 (kerana menggunakan sistem sedia ada) , SPR hanya perlu update daftar pengundi dalam database sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu