Wednesday, July 13, 2011

Perhimpunan 'Bersih' , Amnesty International dan Hak Asasi

1. Amnesty International telah menyiarkan artikel dalam laman web mereka dengan tajuk "MALAYSIA: POLICE USE BRUTAL TACTICS AGAINST PEACEFUL PROTESTERS" . Artikel  yang di keluarkan oleh Amnesty ini cukup menggembirakan juak2 Pakatan Rakyat kerana hebahan2 seperti ini seolah-olah menunjukkan sokongan antarabangsa dengan perjuangan balachi2 samseng ini.

2. Hak asasi manusia (menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,10 Dec 1984)  secara amnya mengklasifikasikan hak asasi manusia kepada 4 bahagian utama iaitu :-

a, Kebebasan daripada ketakutan
b. Kebebasan daripada kemahuan
c. Kebebasan bersuara
d. Kebebasan kepercayaan

3, Apabila membicarakan tentang hak asasi manusia , ramai yang sebenarnya hipokrit ! Bagi puak2 penyokong Bersih , mereka percaya hak asasi mereka untuk bersuara perlu dipertahankan. Seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan lembu2 Bersih di jalanan adalah dari puak2 yang kononnya memperjuangkan Islam.



4. Tetapi adakah puak2 yang kononnya memperjuangkan Islam ini akan menyokong perbuatan golongan-golongan murtad atas nama hak asasi manusia iaitu kebebasan kepercayaan/beragama . Salahuddin Ayub (PAS) pernah mencadangan utk membentangkan rang undang2 murtad di Parlimen. Bukan kah hal2 sebegini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia? Kenapa artikel sebegini tak ditunjukkan dalam Amnesty International ?



5. Perlu juga di persoalkan kenapa Amnesty International hanya memikirkan hak asasi peserta2 perhimpunan Bersih ? Bagaimana pula hak asasi majoriti mereka yang terjejas dengan perhimpunan Bersih ?

6. Amnesty International dalam laporan mereka menunjukkan betapa ganasnya polis2 Malaysia dalam menangani penunjuk perasaan Bersih dan tak menghormati hak asasi penunjuk perasaan untuk bersuara . Kenapa Amnesty International tidak pula menunjukkan kesan daripada perhimpunan yang diadakan dijalanan ini kepada para peniaga, dan orang ramai yg mempunyai urusan di ibukota? Jelas sekali perhimpunan ini tidak menghormati hak asasi majoriti  untuk kebebasan daripada kemahuan . Kemahuan untuk berada dalam suasana aman, kemahuan untuk berjual beli, kemahuan untuk melakukan temujanji dan sebagainya.



7. Kesimpulannya, media2 dan NGO2 antarabangsa melaporkan demonstrasi Bersih dalam sudut yang berat sebelah . Perhatian mereka hanyalah menjurus kepada nasib peserta2 demonstrasi dan lupa pada suara majoriti yang lain . Apa yang dipaparkan hanyalah kezaliman polis semasa peserta2 demonstrasi ditahan dan tidak pula dipaparkan kezaliman yg dilakukan semasa dalam tahanan? Apa pun pada masa hadapan, untuk mengelakkan isu hak asasi ini timbul , polis perlu membuat benteng manusia dalam menangani lembu2 jalanan ini . Biar terlebih dahulu benteng polis dikasari oleh lembu2 ini, pastikan dirakam dgn kamera dan video . Selepas tu baru lah belasah cukup2 ! Fair & square !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu