Thursday, March 24, 2011

Kesian..suwey Anwar yg tak sudah ..

1. Nasib Anwar sekarang betul2 malang, lepassatu musibah, datang lagi satu musibah. Tak cukup dengan kes liwat, kes video pulak. Macam2 dgn gelagat Ketua Umum PKR ni.

2. Mengenai kes video lucah terbaru, pada awalnya "Datuk T" hanya memberi amaran supaya Anwar dan Azizah berundur. Namun sikap ego Anwar membuat "press conference" dan laporan
polis dah memakan diri sendiri. Mungkin dia sangka rakaman itu hanyalah sekadar ugutan kosong saja atau mungkin dia dah merancang satu penipuan utk menafikan video itu.

3. Apa yang menarik semasa "press conference" Anwar, apabila ditanya wartawan di mana jam Omega yg dipakainya. Jawapannya ialah Wan Azizah menyimpannnya. Melalui rakaman yg di pertontonkan pada wartawan sebelum itu menunjukkan jam telah diambil oleh wanita dalam video. Jam itu kemudian mungkin berjaya diperoleh semula oleh "Datuk T". Adakah ini perangkap? Tak penting .. yg penting adakah benar Anwar dalam video? Kalau dia berhemah seperti disangka takkan wujud perkara seperti ini.

4. Persoalan samada Anwar diperangkap oleh "Datuk T" adalah tidak penting . Apa yang diperhatikan sekarang adalah moral seseorang yang mahu jadi pemimpin Malaysia sebuah
negara Islam. Sedangkan Richard Nixon, Bill Clinton dan Berluscini ditolak rakyat
apabila mengetahu skandal sex pemimpin2 negara maju ini.

5. Penafian demi penafian dari Anwar menambahkan lagi meluat pada mereka yg mengetahui sifat sebenar dirinya.Mereka yang dulunya rapat dan sama2 berjuang mula menyisihkan diri. Perasaan meluat yg amat ini mengundang pembongkaran satu demi satu rahsia Anwar. Walau bagaimanapun Anwar bijak memainkan sentimen penyokong2 fanatik beliau.

6. Walaupun bukti suara percakapan Anwar melalui telefon tersebar luas di youtube dan pengakuan2 mangsa2 sex dan liwat beliau, penyokong2 Anwar masih menganggap ini adalah konspirasi kerajaan. Dalam prosiding kes Saiful pula, dengan menggunakan pendekatan sains iaitu ujikaji DNA, penyokong2 beliau masih lagi menafikannya,

7. Timbul perlbagai teori, iaitu polis menggunakan DNA pada kes tahun 98 dan memasukkan pada lubang dubur Saiful utk menganiaya Anwar. Tanggapan ini benar2 lucu hingga terlintas di fikiran adakah mereka2 ini benar2 faham sains dan logik. Kalau ini berlaku kenapa Saiful perlu tunggu 2 hari sebelum lapor pada polis? Kenapa pihak kerajaan mahu membuat konspirasi yg ada cacat celanya. Apabila dikatakan konspirasi..ia adalah sesuatu yg sgt sempurna kerana ada perancangan teliti dan mengambilkira faktor2 penentu iaitu who,when,how,why and which.

8. Untuk kes terbaru ini pula, hinggakan bukti video diberikan penyokong2 tegar Anwar masih menafikan walaupun mereka belum menonton pun lagi video itu. Pelbagai andaian telah dibuat hingga pada tahap menuduh Datuk Eskay (salah seorang daripada "Datuk T" sebenarnya yg menjadi pelakon kerana mempunyai rupa seiras Anwar. Walaupun belum melihat lagi video ini, seharusnya penyokong2 Anwar berfikir pada kenyataan Datuk Eskay dia ada dalam video itu. Bagaimana mungkin dia melakonkan kedua-dua watak.

9. Satu lagi andaian adalah dari Chegu Bard (melalui twitternya), mengatakan andaikata pelakon filem Gandhi boleh disolek menyerupai Gandhi, tidak mustahil melakukannya pada orang lain, ada juga berpendapat ada yg diupah melakukan plastik surgery utk tujuan rakaman ini.Andaian2 seperti ini adalah seolah olah untuk menafikan kebenaran di depan mata. Adakah golongan2 yg menyokong ini akan tetap dgn pendirian mereka walaupun perlakuan ini berlaku di depan mata? Mungkin mereka akan menganggap itu adalah orang yg disolek atau yg membuat pembedahan plastik utk menganiaya Anwar.

10. Kita berasa simpati dengan penyokong2 taksub sebegini. Apabila kes video Chua Soil Lek dahulu, ramai dikalangan penyokong2 tegar Anwar menyindir dan tidak pula terlintas di dalam fikiran mereka andaian2 sebegini. Sekarang kita cuma berharap video itu dpt ditonton oleh semua orang dan bukan hanya orang2 tertentu kerana akan berlaku pelbagai twist dan andaian. Penyokong2 tegar Anwar ini akan cuba mempengaruhi orang lain terutama mereka yg di"atas pagar". GOolongan2 di atas pagar ini sekurangnya akan berfikir selepas menonton, dan menilai kembali kepada siapa yg harus mereka sokong demi pembangunan negara. Paling dinantikan ialah respon sahabat2 Anwar dalam PR, adakah mereka terlalu "sayang" untuk melepaskan beliau kerana tak mahu ketandusan isu dalam membangkang kerajaan?? Tunggu dan lihat reaksi2 Dewan Ulama Pas, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh etc (sekadar menyebut beberapa nama)

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu