Friday, December 3, 2010

Minyak Naik Lagi ?

1)  1 barrel = 42 US gallon = 159ltr

2)  dari 1 barrel tu boleh dapat 19.15 gallon (72.5ltr) gasoline

3) Sekali isi minyak lebih kurang 30ltr ; jadi utk 1 barrel minyak hanya boleh isi lebih kurang 2 x je??

4) Harga 1 barrel sekarang = USD87.82  , lebih kurang USD87.82/159ltr = USD0.55/ltr

5) Utk gasoline , USD0.55 x 72.5ltr = USD39.875/barrel

6) per liter price utk gasoline USD0.55 x 3.15 = MYR1.73

7) harga MYR1.73/liter adalah untuk minyak mentah .(tak diproses)

8) berapa kos pemprosesan minyak mentah? dan kos2 lain? Utk Ron95 , harga sekarang MYR1.85 , iaitu lebih MYR0.12 bg harga minyak mentah, bagaimana pula sekiranya kos pemprosesan minyak diambil kira utk menjadikan minyak mentah sbg RON95 ?

9) kalau naik 15sen/liter ... full tank 30 liter , RM0.15x30=RM4.50 ....  rugi RM4.50 :'( , boleh la lepas nasi ayam sebungkus....

IPP dan Anwar Ibrahim ...

1. IPP adalah singkatan bagi Independent Power Producers , atau dalam bahasa melayu Pembekal Tenaga Bebas.

2. IPP diwujudkan utk menampung keperluan bekalan kuasa elektrik dalam sektor industri di Malaysia yg berkembang pesat.

3. Pada tahun 1992, gangguan bekalan elektrik selama 48jam telah berlaku di seluruh negara dan menimbulkan kemarahan rakyat pada TNB. Hal ini telah merosakkan reputasi TNB. Ekoran dari kejadian ini , kerajaan telah mengetengahkan IPP utk mengurangkan monopoli TNB dalam sektor pembekalan tenaga elektrik.

4. Apabila polisi IPP diperkenalkan, terdapat banyak permohonan di Unit Perancang Ekonomi.Lima lesen IPP pertama diberikan kepada Genting, Malaysian Resources, Sime Darby, YTL Corp dan Permodalan Nasional.

5. Syarikat2 ini kemudiannya menandatangani perjanjian jangka panjang utk kontrak bekalan elektrik dgn TNB. Kandungan perjanjian ini adalah berdasarkan perbincangan di antara 3 pihak iaitu syarikat yg membekal tenaga, TNB dan Kerajaan.

6. Sumber bahan bakar bagi penjanaan tenaga diperoleh dari gas asli domestik yg dibekal oleh Petronas.

7.Kerajaan memberikan subsidi kepada syarikat2 pembekal tenaga (IPP) dgn tujuan untuk mengenakan tarif elektrik lebih rendah bagi kebaikan pengguna.

8. Sekiranya subsidi kerajaan kepada IPP ini ditarik atau dikurangkan, tarif bekalan elektrik mungkin akan meningkat untuk menampung kos2 penjanaan tenaga.Seperti diketahui umum harga bahan api sentiasa turun dan naik.

9. Perjanjian IPP pertama ditandatangani semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri , yang juga merangkap menteri kewangan.Lesen IPP mula dikeluarkan pada 1993 iaitu 2 tahun selepas Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan, dan tahun sama dia dilantik TPM.

10. Semasa dalam jawatan, apa yg dilakukan beliau walaupun mengetahui perjanjian yang ditandatangani adalah berat sebelah?  Oleh itu sekarang di tak perlu bersuara atau menjadi hero mengenai IPP disebabkan dia juga terlibat semasa keputusan ini dibuat.Kalau dia benar2 ikhlas berkenaan hal IPP ini , pasti sudah kedengaran mengenainya sejak dia berkuasa lagi .

Thursday, December 2, 2010

Bukti Kebodohan Kak Wan : Bakul Sampahkan Ketuanan Melayu

Dalam perhimpunan PKR baru2 ni Wan Azizah dalam teks ucapan beliau telah mengeluarkan statement berikut (dgn tapisan dibakul sampahkan) ;

"Justeru itu, konsep “Ketuanan Melayu” ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anak kita membesar dengan visi “Bangsa Bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”. “Ketuanan Melayu” adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi."


1. Sebenarnya bila orang melayu melaung-laungkan "Ketuanan Melayu" , apa yg pencacai2 Pakatan Rakyat faham? Sebenarnya bila Wan Azizah berucap mengenai konsep "Ketuanan Melayu" patut dibakul sampahkan dia patut bagi definisi "Ketuanan Melayu" itu sendiri

2. Untuk mengaburi dan mengelirukan bangsa melayu dan bangsa2 lain , konsep "Ketuanan Melayu" ini telah di'spin' oleh Wan Azizah utk menunjukkan seolah-olah konsep "Ketuanan Melayu" yg dilaung-laungkan seperti hubungan tuan dan hamba. Para pencacai PKR yg ada dalam dewan tu mengangguk sambil ternganga..mengiakan..

3. Konsep "Ketuanan Melayu" sebenarnya mencerminkan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dimana hak2 melayu sbg penduduk asal Malaysia dipertahankan . Apabila Wan Azizah mahu "Ketuanan Melayu" dibakul sampahkan bermakna dia mahu Artikel 153 dibakul sampahkan. Ada pun hal in 'contradict' dgn apa  yg diucapkan Anwar semasa Perutusan Kemerdekaan 2010 (syok sendiri punya perutusan kah kah kah) beliau.



4. Tak sampai beberapa bulan Ketua Umum punya perutusan kemerdekaan , Presiden punya ucapan dekat perhimpunan dah tak senada . Pusing sana pusing sini last2 sendiri yg terbelit .. pecacai2 PKR bukan pikiaq pun benda ni , dah kena 'drill' baikk punya..+


5. Sebab "Ketuanan Melayu" ni la , Wan Azizah dengan laki dia dapat masuk universiti , sbb ada kuota . Otak standard Anwar Ibrahim kalau takdak konsep "Ketuanan Melayu" ni boleh lepas ka masuk UM tu ... dah masuk UM graduate pun dapat general degree , buang karan ja..

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor