Sunday, November 7, 2010

5 janji saya (kununnya....)

Mari kita tengok 5 janji Anwar kalau jadi PM ...


nak luah kahak kaler hijau ke kaler kuning? Ptuihhhh

5 janji konon, apsal 5 je?? hehe bukan banyak lagi ke janji2 dia ni?

Apa yg dah dijanji tu kerajaan sekarang memang tengah buat pun, kalau pak syeikh ni take over buat spoil je semua .. Cakap nak buat itu ini memang la senang, bab 'execution' tu yg susah. Bila dah janji itu ini, kalau gagal nak ditunaikan dia akan pusing, spin dan konar la sana sini ... lepas tu pengikut2 dia angguk2 .. bila berucap tak pernah ada isi , asyik nak hantam orang tu orang ni ... yg betulnya '5 janji saya' adalah ini macam juga...

Friday, November 5, 2010

Syaitonnn dan Daulah Islamiyah....


Sekadar beberapa petikan utk kita 'flashback'

Nik Aziz telah berkata pada 23 Januari 1999: "Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun boleh saya terima."

Hadi pulak mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid. Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Sampai macam tu sekali la depa punya benci UMNO ...sampai kawan dengan syaitoon dan peliwat pun no hal! (Peliwat ni depa juga la yg mula2 dok cop dia..)

Thursday, November 4, 2010

PAS dan 'Sodoqah' di Galas...

1. Seperti biasa bila ada pilihanraya kecil, sifat2 kiasu orang2 PAS mula terserlah ... isu2 pengundi hantu dibangkitkan, undi POS, penyelewengan itu ini, bla bla bla... skrip yg sama dari dulu sampaiii la ni.

2. Dulu depa kata, BN rasuah pengundi supaya pangkah dacing, la ni di Galas, PAS boleh buat turning point pulak. Katanya ..PAS akan membayar kos pengangkutan (sehingga RM250) kepada pengundi2 di luar Galas utk balik mengundi.

3. PAS kata, ini bukan rasuah... ini 'sodoqah' utk tambang pengangkutan... kami layeennnn , kami buat 'sodoqahhh', BN buat rasuahhhhh... ptuihhhhhh!!!

4. Maka penyokong2 PAS pun bersahutan-sahutan melolong mengatakan tindakan pemimpin mereka adalah no hal punya .. gerenti mendapat keredhaan tuhan..kerana tindakan itu adalah 'fisabillilah' , sedangkan Tok Guru depa cakap berkawan dgn setan pun boleh demi menentang musuh Islam? Ada aku kesahh nak rasuahhh ke hulu hilir?

5. Arghh statement berkawan dgn setan tu..dah lama aku nak komen, memang statement paling bingai Tok Guru tuhh.. musuh Islam tu dah tentunya di pengaruhi oleh setan, baru lah dia memusuhi Islam, jadik nak hapuskan musuh Islam , hapuskan dulu setan yg mempengaruhi mereka bukan berkawan pulak dgn setan tu....

6. Baru2 ni kecoh lagi pasal 'sodoqah' PAS di Galas kepada 3 orang asli yg di Islamkan.... he he he , motif mengislamkan orang asli seramai 3 orang semasa kempen pilihanraya? Siap ada photoshoot lagi? Katanya sorang dpt RM300, jadi totalnya adalah RM900 la.. Boleh la share sorang RM10 dgn 90 orang member yg lain ..  Kat perkampungan orang asli tu pun bukannya depa pakai duit banyak sgt.

7. Lepas pilihanraya Galas ni.. harapnya berlumba-lumba lah orang2 asli convert kepada agama Islam, boleh la ramai2 dpt RM300 lagi ... kalau tak dapat harap2 la depa buat repot. Bukan apa , mana la tau Term and Condition nak dpt RM300 tu kalau convert to muslim hanya pada pilihan raya je...

Air mineral rasuah dari BN

Keropok 'sodoqah' dari PAS

Pakatan Rakyat - Barisan Kepimpinan Rakyat???


1. Nepotisme, Kuku Besi, Talam Dua Muka, serta Pengikut yg Bebal dan Pemberontak . Bab mengata orang dia yang lebih, agaknya tak pernah cermin diri sendiri? Atau dah biasa cermin diri cuma buat2 tak nampak.

2. Kenapa nepotisme? 

Anwar , Nurul Izzah, Wan Azizah, Azmin Ali (PKR)
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Deo (DAP)
Nik Aziz, Arif Fahmi (PAS)

Sibuk cakap UMNO nepotisme, padahal diri sendiri pun sama .. takkan sebab depa dari Pakatan Rakyat boleh la kata itu layeennnnnnn. Ha ha ha.

3. Kenapa Kuku Besi?

Apa saja Nik Aziz kata kena ikut, kalau tak mesti kena balun terang-terangan. Sapa saja yg tak sealiran dgn Anwar/Azmin sure kena cantas .

4. Kenapa Talam 2 Muka?

Depan pengundi Cina kata lain, depan pengundi India kata lain, depan pengundi Melayu kata lain ... perangai sapa la yg dia dok bawak tu. Lagi satu dari geng PR juga, pernah dok kecoh masa kawan tu masih dalam UMNO, depa ni la yg dok bawak cerita meliwat meliwit ni , sorang dari DAP (inche Karpal Singh) dan sorang dari PAS (inche Mat Sabu). Masa zaman tu geng2 atau penyokong PAS ni punya la dok sindir UMNO sbb pemimpinya kaki liwat. Habis sekarang apa cer??

5. Pengikut yg Bebal dan Pemberontak?

Yg ni perlu komen ka?? dah selalu sangat depa buat.... yg paling best baring atas jalan sambil pacak bendera Palestin atas perut , kononnya pejuang lerr... padahal takut kereta tak nampak ada orang baring atas jalan...so bendera Palestin tu sbg tanda laaa...






Wednesday, November 3, 2010

Berlusconi: Better to love women than gays (Sindiran kepada siapa?)

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, berkata 'lebih baik gemarkan gadis daripada gay' ketika menolak gesaan supaya meletak jawatan mengenai laporan bahawa beliau membantu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang hadir dalam pesta di rumahnya terlepas daripada hukuman undang-undang apabila dituduh mencuri.

Berlusconi enggan meminta maaf atas kecenderungannya bersosial dengan wanita lebih muda dan menafikan beliau melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh.

Ia berhubung dengan kes remaja bernama Ruby yang memenuhi dada akhbar Itali minggu lalu menyebabkan ahli politik pembangkang mendesak Berlusconi meletak jawatan.
“Seperti biasa, saya tiada masalah bekerja dan ada kalanya saya terlihat wajah jelita gadis, adalah lebih baik gadis cantik daripada menjadi gay,” katanya pada majlis pameran motosikal di Milan.

“Anda sepatutnya tidak bimbang mengenai kerajaan yang masih memiliki majoriti dan berazam untuk memerintah hingga tamat penggal,” tegasnya.

Berlusconi yang bertelagah dengan media mengenai penganjuran parti yang dihadiri wanita di kediamannya di Arcore dekat Milan, semakin ditekan selepas akhbar menyiarkan laporan mengenai Ruby.

Akhbar Corriere della Sera mendedahkan butir perbualan telefon Berlusconi kepada seorang Ketua Polis Milan bagi pihak Ruby yang ditahan atas tuduhan mencuri pada Mei lalu.
Ia menimbulkan persoalan sama ada Berlusconi bertindak tidak wajar apabila campur tangan dalam proses undang-undang.

Berlusconi membantu Ruby atau nama sebenarnya, Karima El Mahroug, sambil menolak mengenakan tekanan terhadap polis. – Reuters

rujukan lain.

http://news.yahoo.com/s/ap/20101102/ap_on_re_eu/eu_italy_berlusconi


1.Angin takdak , ribut takdak.. tiba2 je nak kaitkan masalah dia dgn soal gay pulak??


2.Sebenarnya Berlusconi ni nak kata, walaupun dia ada skandal ke hulu ke hilir, skandal dia adalah perempuan dan bukan lelaki macam sesetengah ex-pemimpin negara Islam, contohnya... Tuttttt , he he he


3.Glamour sungguh orang tu, sampaikan PM Itali pun tau kisah ke'gay'an beliau. Apa boleh buat, diri sendiri yg canang pasal kes sodomi beliau satu dunia, last2 orang buat modal gelak je..


4.Lepas ni, susah la orang tu nak dapat suaka politik dari kerajaan Italy . he he he

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor