Friday, December 3, 2010

IPP dan Anwar Ibrahim ...

1. IPP adalah singkatan bagi Independent Power Producers , atau dalam bahasa melayu Pembekal Tenaga Bebas.

2. IPP diwujudkan utk menampung keperluan bekalan kuasa elektrik dalam sektor industri di Malaysia yg berkembang pesat.

3. Pada tahun 1992, gangguan bekalan elektrik selama 48jam telah berlaku di seluruh negara dan menimbulkan kemarahan rakyat pada TNB. Hal ini telah merosakkan reputasi TNB. Ekoran dari kejadian ini , kerajaan telah mengetengahkan IPP utk mengurangkan monopoli TNB dalam sektor pembekalan tenaga elektrik.

4. Apabila polisi IPP diperkenalkan, terdapat banyak permohonan di Unit Perancang Ekonomi.Lima lesen IPP pertama diberikan kepada Genting, Malaysian Resources, Sime Darby, YTL Corp dan Permodalan Nasional.

5. Syarikat2 ini kemudiannya menandatangani perjanjian jangka panjang utk kontrak bekalan elektrik dgn TNB. Kandungan perjanjian ini adalah berdasarkan perbincangan di antara 3 pihak iaitu syarikat yg membekal tenaga, TNB dan Kerajaan.

6. Sumber bahan bakar bagi penjanaan tenaga diperoleh dari gas asli domestik yg dibekal oleh Petronas.

7.Kerajaan memberikan subsidi kepada syarikat2 pembekal tenaga (IPP) dgn tujuan untuk mengenakan tarif elektrik lebih rendah bagi kebaikan pengguna.

8. Sekiranya subsidi kerajaan kepada IPP ini ditarik atau dikurangkan, tarif bekalan elektrik mungkin akan meningkat untuk menampung kos2 penjanaan tenaga.Seperti diketahui umum harga bahan api sentiasa turun dan naik.

9. Perjanjian IPP pertama ditandatangani semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri , yang juga merangkap menteri kewangan.Lesen IPP mula dikeluarkan pada 1993 iaitu 2 tahun selepas Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan, dan tahun sama dia dilantik TPM.

10. Semasa dalam jawatan, apa yg dilakukan beliau walaupun mengetahui perjanjian yang ditandatangani adalah berat sebelah?  Oleh itu sekarang di tak perlu bersuara atau menjadi hero mengenai IPP disebabkan dia juga terlibat semasa keputusan ini dibuat.Kalau dia benar2 ikhlas berkenaan hal IPP ini , pasti sudah kedengaran mengenainya sejak dia berkuasa lagi .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu