Wednesday, November 3, 2010

Berlusconi: Better to love women than gays (Sindiran kepada siapa?)

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, berkata 'lebih baik gemarkan gadis daripada gay' ketika menolak gesaan supaya meletak jawatan mengenai laporan bahawa beliau membantu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang hadir dalam pesta di rumahnya terlepas daripada hukuman undang-undang apabila dituduh mencuri.

Berlusconi enggan meminta maaf atas kecenderungannya bersosial dengan wanita lebih muda dan menafikan beliau melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh.

Ia berhubung dengan kes remaja bernama Ruby yang memenuhi dada akhbar Itali minggu lalu menyebabkan ahli politik pembangkang mendesak Berlusconi meletak jawatan.
“Seperti biasa, saya tiada masalah bekerja dan ada kalanya saya terlihat wajah jelita gadis, adalah lebih baik gadis cantik daripada menjadi gay,” katanya pada majlis pameran motosikal di Milan.

“Anda sepatutnya tidak bimbang mengenai kerajaan yang masih memiliki majoriti dan berazam untuk memerintah hingga tamat penggal,” tegasnya.

Berlusconi yang bertelagah dengan media mengenai penganjuran parti yang dihadiri wanita di kediamannya di Arcore dekat Milan, semakin ditekan selepas akhbar menyiarkan laporan mengenai Ruby.

Akhbar Corriere della Sera mendedahkan butir perbualan telefon Berlusconi kepada seorang Ketua Polis Milan bagi pihak Ruby yang ditahan atas tuduhan mencuri pada Mei lalu.
Ia menimbulkan persoalan sama ada Berlusconi bertindak tidak wajar apabila campur tangan dalam proses undang-undang.

Berlusconi membantu Ruby atau nama sebenarnya, Karima El Mahroug, sambil menolak mengenakan tekanan terhadap polis. – Reuters

rujukan lain.

http://news.yahoo.com/s/ap/20101102/ap_on_re_eu/eu_italy_berlusconi


1.Angin takdak , ribut takdak.. tiba2 je nak kaitkan masalah dia dgn soal gay pulak??


2.Sebenarnya Berlusconi ni nak kata, walaupun dia ada skandal ke hulu ke hilir, skandal dia adalah perempuan dan bukan lelaki macam sesetengah ex-pemimpin negara Islam, contohnya... Tuttttt , he he he


3.Glamour sungguh orang tu, sampaikan PM Itali pun tau kisah ke'gay'an beliau. Apa boleh buat, diri sendiri yg canang pasal kes sodomi beliau satu dunia, last2 orang buat modal gelak je..


4.Lepas ni, susah la orang tu nak dapat suaka politik dari kerajaan Italy . he he he

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu