Wednesday, October 27, 2010

Pulau Pinang catat pendapatan tertinggi dua tahun berturut-turut???

Petikan dari Malaysia Today

Pulau Pinang catat pendapatan tertinggi dua tahun berturut-turut
by Syamir

" Pulau Pinang berjaya mengutip hasil pendapatan sebanyak RM11 bilion bagi tahun 2009 sekaligus merekodkan hasil pendapatan tertinggi bagi dua kali berturut-turut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, negeri berkenaan adalah satu-satunya negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang berjaya mendapat penarafan ‘baik’ dari segi kedudukan kewangan.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya memecah rekod dan mencatatkan dana sebanyak RM1.025 bilion pada tahun 2008 berbanding dana RM847.45 juta bagi 2007 ketika masih di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). "

Ini aku ada buat analisis sikit berdasarkan laporan audit

*memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

*Mengikut Lembaran Imbangan, jumlah Kumpulanwang Disatukan pada akhir tahun
2009 adalah berjumlah RM1,101.89 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai sejumlah RM3.88 juta dan pelaburan sejumlah RM1,098.01 juta. Kumpulanwang Disatukan terdiri daripada tiga akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.
(pg 24, 4.1.1)

*mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 million.

*Pada tahun 2009, kutipan hasil sebenar (RM376.51 mil)meningkat sejumlah RM84.77 juta atau 29.1% berbanding dengan anggaran hasil (RM291.74mil) (pg 28, 4.4.1.a)

*Kutipan hasil Kerajaan Negeri menunjukkan jumlah hasil negeri bertambah dari setahun ke setahun. Hasil negeri pada tahun 2005 ialah sejumlah RM274.89 juta telah meningkat sejumlah RM101.62 juta atau 37% menjadi RM376.51 juta pada tahun 2009. (pg 29, 4.4.1.c)

2005 (RM274.89m) , 2006 (RM280.50m), 2007 (RM295.86m), 2008 (RM371.14m),
2009 (RM376.51m)

Analisis Hasil :

Peningkatan 2005-2006 (RM5.61m) --> BN
Peningkatan 2006-2007 (RM15.36m) --> BN
Peningkatan 2007-2008 (RM75.28m) --> BN
Peningkatan 2008-2009 (RM5.37m) --> PR ambil alih Pulau Pinang pada 10 Mac 2008

jadi peningkatan semasa PR ambil alih ialah RM5.37m , BN paling rendah RM5.61m ..., adakah Malaysia Today cuba menunjukkan bahawa pemerintahan PR lebih bagus dari BN ?

btw, ada orang ekonomi yg boleh clarify aku punya analisis ni? ini sekadar pandangan aku dari background technical..kalau silap sila betulkan ye

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu