Thursday, October 28, 2010

Hutang Kerajaan Pusat RM362.5 Billion

1. Hutang kerajaan pusat RM362.5 billion , adakah ini petanda buruk bagi sesebuah negara? Sebagai seorang yg bukan ahli dalam ekonomi. Saya cuba memahami perkara ini dgn melihat kepada KDNK (GDP) negara.

2. Takrif KDNK adalah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara pada suatu masa tertentu. Faktor-faktor tersebut adalah milik warganegara tempatan atau warganegara asing yang bekerja di dalam sesebuah negara.

3. Berdasarkan ketua audit negara, hutang kerajaan Malaysia untuk tahun 2009 ialah RM362.39 billion atau 53.7% KDNK. Apa yg saya faham lebih tinggi peratusan ini adalah tidak baik utk ekonomi negara. Tetapi adakah lebih rendah peratusan ini menujukkan taraf kehidupan rakyat sesebuah negara itu lebih baik? Berikut adalah beberapa negara yg rendah peratusan hutang kerajaan berbanding KDNK.

119 Algeria 10.70
120 Chile 9.00
121 Kuwait 8.20
122 Estonia 7.50
123 Qatar 7.10
124 Russia 6.90
125 Libya 6.50
126 Wallis and Futuna 5.60
127 Azerbaijan 4.60
128 Oman 2.80
129 Equatorial Guinea 1.10

4. Kenapa negara2 seperti Algeria, Azerbaijan dan Libya mempunyai peratusan hutang berbanding GDP/KDNK yg rendah? Adakah kehidupan rakyat di negara2 ini lebih baik berbanding kehidupan rakyat di negara2 yg peratusan hutang berbanding GDP/KDNK yg tinggi?

5. Negara2 maju yg mempunyai peratusan hutang berbanding GDP/KDNK yg tinggi adalah Japan, Singapore dan Germany. Bagaimana dgn taraf kehidupan rakyat di negara2 ini?

6. Berdasarkan laporan dari ketua audit negara, hutang dalam negara adalah RM348.60 billion iaitu 96.2% dari hutang keseluruhan.

7. Hutang dalam negara didefinisikan sbg duit yg dipinjam oleh kerajaan dpd penduduk. Melalui cara ini kerajaan memperoleh sumber kewangan dgn meminjam dpd penduduk dan tidak perlu mencetak wang. Dengan cara ini, jangkaan peningkatan inflasi adalah lebih rendah.Menurut pakar ekonomi , kadar peningkatan inflasi adalah disebabkan peningkatan yg berlebihan dalan pengedaran matawang tempatan (lebih banyak matawang dicetak).

8. Apa yg positif disini ialah, hutang dalam negara yg tinggi (96.2% dr hutang keseluruhan) sekurang-kurangnya dpt membendung inflasi yg memberi kesan secara langsung kepada rakyat. Keadaan ini pasti berlainan, sekiranya kerajaan mengambil jalan mudah dgn mencetak matawang bagi menampung keperluan negara,

9. Walaupun begitu, perkara berkaitan dgn ekonomi ini adalah agak kompleks dan pendapat saya hanyalah berdasarkan fakta2 asas yg saya percaya boleh difahami oleh orang2 kebanyakan.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu